3 Jenis Gaya Berjalan Anak-anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu. Rata Atau Kaki Melengkung?

Masalah Gaya Berjalan Kanak-kanak (Gait)

Pernahkah anda sebagai ibu ayah melihat gaya berjalan anak-anak? jika orang-tua-tua ada yang menegur jika anak berjalan kengkang, atau suka menjingkitkan kaki ketika melangkah.

Masalah ortopedik melibatkan sistem otot dan skeletal. Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi dan otot yang berfungsi dibawah kawalan otak manusia. Kebanyakan masalah ortopedik adalah bersifat sementara dan hanyalah sebahagian dari proses pembesaran.

Walau bagaimanapun, ada masalah ortopedik yang perlu dirawat segera. Apakah masalah ortopedik yang biasa dikalangan kanak-kanak?

1. Bowlegs (kaki melengkung keluar)

Ini terjadi apabila adanya jarak yang agak jauh antara lutut apabila anak anda berdiri dengan kaki dan buku lali dirapatkan (kaki kelihatan melengkung keluar). Bowlegs kebiasaannya adalah fisiologikal, ini bermakna kaki anak anda akan mula lurus apabila dia mula berjalan dan masalah ini akan hilang dengan bertambahnya usia.

bowlegs2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tetapi jika masalah ini berlanjutan selepas anak anda berumur 3 tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebab-sebab yang serius.

2. Knock-knees (kaki bengkok ke dalam)

Masalah ini ialah dimana kedua-dua belah kaki bengkok ke dalam dan lutut menyentuh satu sama lain menyebabkan jurang antara buku lali apabila anak anda berdiri. Kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah ini di antara umur 3 hingga 5 tahun. Apabila mereka berumur 6 tahun, bentuk badan mereka akan lurus dengan sendirinya dan kebanyakan kanak-kanak boleh berdiri dengan kaki yang lurus. Kadang-kala knock-knees patologikal akan terjadi dan jarak antara buku lali boleh melebihi 15cm.

kaki anak kengkang
Situasi A adalah Knock Knees

3. Flatfeet

images (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ini merujuk kepada ketiadaan lengkungan semula jadi (arch) di tapak kaki anak anda antara jari-jari kaki dan tumit. Ia berlaku apabila kebanyakan daripada permukaan tapak kaki bersentuhan dengan tanah/lantai. Ramai bayi yang dilahirkan dengan tapak kaki yang leper tetapi ia akan semakin melengkung apabila mereka mula berjalan.

Bagaimanakah masalah ini boleh dirawat?

Bow legs

Bow legs yang fisiologikal tidak memerlukan rawatan kerana ia akan baik dengan sendirinya.
Bow legs yang patologikal, perlu dipastikan sebabnya. Ianya perlu pengawasan dan pembedahan mungkin diperlukan.

Knock-knees

fisiologikal – rawatan tidak diperlukan.
patologikal – perlu rawatan berdasarkan sebab utamanya.

Flatfeet

Flatfeet yang mudah dilentur (fleksibel) selalunya tidak boleh dibetulkan tetapi ia jarang menyebabkan sakit kaki atau masalah yang lain. Anak anda mungkin perlu memakai kasut yang khas jika dia mengalami sakit kaki.

Bawa anak berjumpa pakar bagi mendapatkan kepastian.

LIKE Pamapedia DI SINI 

Sumber : www.myhealth.gov.my 

 

Kembali ke Atas