Cara Hilangkan Ruam Pada Si Manja

Ruam Bayi

Apa itu ruam panas?

Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), ruam terjadi apabila si manja anda terlalu panas dalam cuaca yang panas dan lembap. Jika badan si manja tiba-tiba naik ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik, ianya mungkin hanya ruam panas.

Bagaimana ruam panas terjadi?

Apabila suhu panas dan lembap di luar, si manja akan berpeluh. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Si manja dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas kerana kelenjar peluh mereka belum matang sepenuhnya.

Pakaian ketat atau tebal akan menyebabkan peluh dan ruam pada kulit.

Bagaimana cara merawat ruam panas?

  • Elakkan persekitaran panas dan lembap
  • Berikan pakaian yang nipis dan elakkan si manja memakai
    kain jenis poliester atau nilon yang memerangkap haba.
  • Pastikan badan si manja sentiasa sejuk, mandikan si manja.
  • Gunakan losyen kalamin, sapukan di badan si manja dan kawasan ruam.

Bawa jumpa doktor jika:

  • Si manja mempunyai suhu tinggi (lebih dari 39 darjah C) walaupun sudah diberi ubat.
  • ruam tidak hilang selepas tiga atau empat hari.
  • ruam menjadi lebih teruk.
Kembali ke Atas