Cara pantas untuk membersihkan dulang pembakar anda!

Bau kek dan kuih yang dibakar di dalam oven anda tidak pernah tidak membuatkan anda tersenyum dan hilangkan segala penat seharian anda. Tetapi, satu perkara yang selalu meresahkan kita adalah untuk membersihkan oven yang telah digunakan sebentar tadi.

 

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana tim Pamapedia telah jumpa jalan penyelesaiannya! Sekaligus, akan dapat membantu anda dan menampakkan alatan memasak anda serta oven anda kelihatan bersih dan baharu!

 

Dan untuk dapatkan dapur yang bersih dan baru. Anda hanya perlukan 3 bahan utama sahaja!

  1. Hidrogen Peroksida

  2. Soda penaik / Serbuk penaik

  3.  Span Kasar

Miracle-Cleaner-8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara-caranya :

  1. Taburkan soda penaik/serbuk penaik di atas permukaan pembakar oven yang kotor
  2. Sapukan sedikit hidrogen peroksida di atas permukaan yang kotor tersebut
  3. Tambah lagi satu lapisan soda penaik/serbuk penaik
  4. Biarkan selama dua jam
  5. Bersihkan dulang atau permukaan tersebut menggunakan span kasar anda.

Miracle-Cleaner-5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda ragu-ragu dengan kesan atau hasil daripada cara pembersihan ini, anda boleh mencubanya pada satu bahagian kecil pembakar oven anda terlebih dahulu.

 

Menurut seorang blogger ‘Jillie of one Good Thing‘ , dia telah memanggil kaedah ini sebagai ‘Miracle Cleaner’ kerana telah berjaya membersihkan kotoran degilnya. Dia menggunakan kaedah ini pada pembakar ovennya dan membiarkkan ia sewaktu dia sedang bersarapan. Sesudah selesai, dia kembali semula untuk membersihkan pembakar ovennya dan dia kagum melihat akan hasilnya yang hanya memerlukan tenaga yang sedikit untuk membersihkan kotoran degil tersebut.

 

Miracle-Cleaner-4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lihat sahaja hasil di bawah ini :

1458078883-syn-del-1458064861-miracle-cleaner-21

Kembali ke Atas