Demam Campak Di Kalangan Kanak-Kanak #Bahaya dan Cara Rawatan

Demam-Campak-Di-Kalangan-Kanak-Kanak2

Apa Itu Demam Campak

Demam campak ialah penyakit yang mudah untuk dijangkiti. Demam ini adalah daripada jangkitan sejenis virus measles yang menyebabkan demam, selesema dan ruam pada kulit.

Kebanyakan pesakit demam campak adalah dikalangan kanak-kanak. Walaupun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah imun pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan namum pertambahan kes-kes demam campak semakin bertambah terutamanya di kawasan bandar dengan kemasukan orang asing.

Simptom Demam Campak

Simpton ini selalunya muncul selepas 10 hingga 12 hari dijangkiti virus ini. Antara simpton ialah:

1. Demam tinggi.
2. Batuk, selesema dan sakit tekak.
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
4. Sakit otot.

2 – 3 hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.

Demam-Campak-Di-Kalangan-Kanak-Kanak1

Kesan Demam Campak Pada Kanak-Kanak

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imunisasi yang lemah.

Antara komplikasi yang sering terjadi adalah:

Jangkitan pada telinga.

Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).

Jangkitan pada otak (encephalitis).

Cirit-birit.

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Demam-Campak-Di-Kalangan-Kanak-Kanak

Rawatan Demam Campak

Cegah Demam Campak Dari Awal.

Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MRR Vaksin adalah selamat.

Tiada rawatan yang spesifik untuk Demam Campak tetapi ada cara untuk mengurangkannya.

– Panadol unutk mengurangkan demam.

– Elak dari terkena cahaya terang.

– Berehat dan minum air yang cukup.

– Rehat didalam bilik yang sejuk dan elakkan berpeluh.

– Sapu Lotion Calamine bagi mengurangkan rasa gatal.

– Jangan makan makanan yang gatal seperti udang, ketam dan sotong.

– Tinggal di rumah dan elakkan berjumpa dengan orang lain supaya ianya tidak berjangkit.

Kongsikan pendapat anda bersama kami di Facebook Pamapedia.

 

 

 

Kembali ke Atas