Ini Pesanan Seorang Wanita Buat Semua Isteri Bila Suami Gila Memancing. Sporting !!

Perkongsian ini adalah daripada Blogger MissMirror menyokong minat suaminya yang gemar keluar memancing ikan.

Apakah memang tahu yang suami minat memancing daripada sebelum berkahwin? apa reaksi ?

mancing 1

Saya memang dah tahu akan minat dia dari sebelum kawin lagi, reaksi – tak terkejut sgt sbb dah tahu mostly lelaki memang minat memancing.

Adakah sentiasa turut serta menemani suami keluar memancing?

Bergantung pada situasi – jika dia ingin keluar dgn kawan2 saya tak join sbb enggan mengganggu privacy mereka, tapi jika dia ingin memancing sendirian dan mempelawa, baru saya join sekali.

mancing 2

Apa tips untuk mengatasi rasa bosan, maklum sahaja perlu menunggu lama.

Tip supaya tak bosan ketika mengikut dia memancing : Saya bawa crostij, bawa majalah, buku, handphone (boleh wassap kwn2, menonton video2 kegemaran dlm hphone), bawa tikar, bekal, telekung jgn lupa bawa ye… malah dlm perancangan nak beli khemah.. hihi.

Pesanan Puan pada isteri yang rasa sukar mahu menerima hobi suami yang gila memancing?

mancing 3

“Berikan peluang pada suami anda utk melepaskan tekanan kerja, beri ruang utk mereka menghiburkan hati. Kita pun ada hobi kita, jadi kita kena respek pada hobi mereka, try selami hobi mereka, join sekali dlm aktiviti jika boleh. Jika mereka enggan.. (mungkin turun ke laut dan tak selamat utk anda), biarkan. At least kita dah beri peluang itu. Jgn sekali2 menghalang, ia umpama sesorang menyekat kita (wanita) dari bershopping… tensen kan?. So, positifkan minda anda… anggap bahawa satu masa, akan timbul sendiri kebosanan mereka terhadap hobi mereka itu. Reverse psychology”

Blog Miss Mirror : http://sam-puansyurga.blogspot.com/

LIKE pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas