Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Menyusukan Bayi

Pemilihan makan adalah penting untuk memahami apa makanan yang terbaik dan tidak baik dalam tempoh penyusuan.

Kajian menunjukkan pemilihan makanan ibu banyak memberi kesan kepada bayi yang sedang menyusu. Baik atau buruk kesannya bergantung pada pemilihan makanan ibu. Jadi pilih makanan yang sihat dan terbaik untuk si manja.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Menyusu

 

templete-size-blog

#1 Makanan pedas

Bahan rempah seperti kari, kayu manis, bawang dan lada akan menyebabkan sakit perut pada bayi. Kurangkan mengambil makanan pedas seperti ini.

oren

#2 Buah-buahan sitrus

Seperti makanan yang pedas, buah-buahan sitrus berkemungkinan agak kasar pada perut bayi. Asid dan kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah oren, lemon, nenas dan buah-buahan sitrus yang lain boleh menyebabkan bayi sakit perut atau ruam. Hadkan pengambilan bergantung kepada reaksi bayi anda terhadap makanan ini.

 

brocolli

#3 Sayur-Sayuran Berangin

Sayuran perlu di dalam diet harian. Tetapi hanya perlu diambil dalam kuantiti yang serdehana sahaja. Makanan sayuran berangin seperti kubis, brokoli, tauge, lada, kacang dan timun akan menyebabkan ganguan pada perut si manja seperti kembung perut.

 

ice-cream

#4 Tenusu

Makanan tenusu seperti yogurt,  keju, ice-cream atau susu boleh menyebabkan kolik atau muntah pada bayi. Gejala lain seperti ekzema, susah tidur dan dan sakit perut juga adalah antara kesan sampingan pengambilan produk tenusu. Perhatikan semula produk yang anda ambil mungkin tidak sesuai. Jika mahu ambil juga pilih produk tenusu dengan lebih berhati-hati dan lihat juga tindak balas pada bayi dengan produk yang berbeza.

 

3

#5 Ikan Merkuri

Elakkan mengambil ikan yang mempunyai merkuri yang tinggi. Seperti King mackerel , Ikan todak, Tilefish dan Yu. Ini mengandungi tahap merkuri yang boleh membahayakan otak bayi untuk berkembang. Juga boleh menjejaskan ingatan, perhatian, pemikiran kognitif, kemahiran motor, kemahiran visual dan bahasa.

Makanan laut yang gatal seperti kerang, ketam dan udang juga harus dikurangkan lebih-lebih lagi jika ada diantara ahli keluarga yang mempunyai alahan terhadap makan seperti ini.

 

kopi

#6 Kafein

Kurangkan pengambilan kopi, teh dan soda adalah lebih baik. Kafein boleh menyebabkan gangguan tidur pada bayi. Jika mahu minum tunggu sehingga bayi tidur dan dengan cara ini sistem badan anda akan mengambil masa beberapa jam untuk menbersihkan kafein dari badan sebelum memberi susu pada bayi.

 

Kembali ke Atas