Nak Kurus Seperti Artis Korea? Klik Sini Jika Anda Tak Percaya Ini Cara Mereka Untuk Kuruskan Badan

Jarang kita lihat orang Korea gemuk bukan. Mereka kurus dan tinggi. Mungkin kerana mereka menjaga pola pemakanan dan pola tubuh mereka atau mungkin makan dalam jumlah yang sedikit.

Okay penulis nak tanya, anda rasa bagaimana diet yang diamalkan Bintang Korea seperti Park Shin Hye, IU dan ramai lagi dalam mengekalkan ‘standard’ kecantikan Korea. Adakah diet mereka keterlaluan, iyelah bagi dilihat sempurna di depan kamera?

Dalam satu segmen di program Follow Me Season 5, penganalisis gaya dan kecantikan mendedahkan beberapa rutin diet melampau Park Shin Hye, Bae Suzy, IU, dan Ailee. Nak tahu apa yang mereka makan untuk diet? Ini dia!

Park Shin Hye

69107571

Untuk si cantik manis yang sedang hangat menerusi drama Doctors, Park Shin Hye hanya mengambil sebiji timun dan segelas susu tanpa lemak untuk sarapan pagi, tengahari pula setengah mangkuk nasi dan daun kobis, manakala makan malam memadai sebiji timun dan daun kobis.

Bae Suzy

tumblr_n5y1mydmfg1taadn9o3_250

Setiap hari sepanjang proses diet hanya mengamalkan sebiji keledek, dada ayam dan segelas susu sahaja.

IU

fans-claim-that-watching-iu-eat-food-is-the-most-relaxing-thing-you8217ve-ever-seen-2

IU hanya mengambil epal untuk sarapan pagi, ubi kentang dan minum banyak air untuk makan tengahari dan shake protein bagi makan malam.

Ailee

wa269g3

Untuk kekal fit di kaca TV, Ailee mengambil sebiji pisang, hidangan kecil dada ayam, 1 cawan brokoli, 1 cawan paprika dan sayur-sayuran.

Haaa! Surprise tak dengan cara diet mereka?

Selain daripada rutin diet ketat, mereka juga perlu melalui senaman untuk kekal fit dan sihat! Walaubagaimanapun, menurut pakar, diet ini boleh dianggap merbahaya sehingga boleh membawa kepada keguguran rambut, kemurungan dan banyak masalah kesihatan yang lain.

NOTIS : Diet bintang Korea ini terbukti tidak selamat dan ia boleh mempunyai kesan yang berbeza pada setiap orang. Apapun, sebelum memulakan program diet, adalah disyorkan untuk berunding dengan doktor dan profesional terlebih dahulu.

Program tersebut menjelaskan tuntutan diet yang diamalkan itu bukanlah sebahagian daripada rutin biasa, tetapi lebih kepada keadah jangka pendek yang digunakan untuk memenuhi peranan tertentu dalam drama atau filem malah comeback album.

OMG tak sanggup rasanya diet sebegini. Jujur la he penulis tak boleh kalau tak makan nasi sehari. Anda pula? 😀

 

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas