PEMUDA KOREA YANG KEHILANGAN KELUARGA DAN KISAH DISEBALIK KEJAYAANNYA PADA HARI INI

Joseph Kim, seorang pelarian yang berasal dari Korea Utara berkongsi cerita perjalanan hidup yang kehilangan ahli keluarga ketika krisis ekonomi dan kebuluran yang melanda pada tahun 1994. Dia mempunyai ayah, ibu dan seorang kakak yang sentiasa bersama dan saling sayang-menyayangi. Semasa krisis tersebut melanda, Joseph baru sahaja berusia 4 tahun dan dia  terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk mencari kayu api bersama kakaknya. Selain itu, dia juga pergi mencari cebisan makanan di kaki jalanan hanya untuk mengalas perut.

 

Keadaan semakin mendesak, hampir sejuta rakyat Korea Utara meninggal dunia akibat kebuluran ketika itu. Pada tahun 2003, semasa umur 13 tahun Joseph kehilangan ayah akibat kebuluran. Dia melihat sendiri bagaimana ayahnya perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir. Lagi menyedihkan, ibu Joseph kemudian menghilangkan diri tanpa memaklumkan apa-apa kepada dia dan kakaknya. Didalam keadaan yang panik kakak Joseph mengambil keputusan untuk mencuba masuk ke negara China. Mereka berjanji akan berjumpa semula setelah kakaknya mendapat pekerjaan dan wang. Joseph tidak memeluk kakaknya sebagai ucapan selamat tinggal kerana menganggap akan berjumpa kelak.

544020-120402-nkorea

Gambaran kanak-kanak mangsa kebuluran di Korea Utara. Foto – google.com

Penantian Joseph semakin pudar apabila kakaknya juga senyap tanpa khabar berita. Dia secara automatik menjadi anak yatim dan gelandangan bersama kanak-kanak yang senasib dengannya. Rutin harian Joseph ketika itu ialah mencari cebisan roti di tong sampah dan dia pernah mencuri makanan di pasar haram. Di dalam keadaan untuk terus hidup, Joseph mula bekerja di lombong arang batu yang 33 meter dalam bawah tanah tanpa alat keselamatan.

korea-noth-border

Tanda sempadan antara China dan Korea Utara di Jilin. Foto – wikipidea.org

Joseph setiap hari mengharap kakak dia akan kembali dan membawa makanan kegemaranya. Itulah yang membuatkan Joseph terus berjuang untuk hidup.

Setelah 3 tahun menunggu kepulangan kakak tercinta dari China, Joseph mengambil tindakan berani untuk mencari kakaknya sendiri di sana. Cubaan masuk secara haram di China berjaya akan tetapi kehidupan disana lebih susah berbanding di Korea Utara. Hal ini kerana Joseph sentiasa risau dan takut dirinya akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana dianggap pendatang haram.

Nasib baik mula menyebelahi Joseph apabila dia bertemu dengan seseorang yang mengendalikan kem untuk rakyat Korea Utara. Dia diberi makan dan tempat tinggal sementara sebelum dibantu aktivis dipindahkan ke Amerika Syarikat sebagai pelarian. Tinggal di Amerika juga bukanlah perkara mudah bagi Joseph, dia langsung tidak tahu berbahasa Inggeris dan terpaksa menghadiri sekolah disana.

Sewaktu ayah Joseph masih hidup, dia selalu memberi motivasi dan semangat untuk anaknya belajar dan cemerlang dalam pelajaran. Akan tetapi tidak berjaya kerana Joseph lebih suka bermain dan bergaduh dengan pelajar lain. Sikap itu membuatkan ayah Joseph kecewa dan marah. Kini Joseph mula berubah dan belajar bersungguh-sungguh kerana terkenangkan pengorbanan yang telah dibuat oleh ayahnya.

Walaupun Joseph selamat bersama keluarga angkatnya sekarang, dia masih lagi berharap besar pada suatu hari nanti dapat bertemu dengan ibu dan kakaknya.

Pembaca Wanista boleh menonton video dibawah untuk mendengar sendiri kisah ini dari Joseph. Sila sediakan tisu…

 

Kembali ke Atas