Resepi Homemade Potato Chips Ala Pringles. Nyumms!!

Sedapnya bila menonton televisyen sambil mengunyah Potato Chips yang nipis, rangup dan berperisa.
Lihat resepi mudah mentyediakan sendiri Potato Chips di rumah. Ala-ala Pringles dan Jackers la tu.

buat sendiri kerepek kentang

Bahan-bahannya :

Kentang 6 biji ( mengikut kuantiti yang diperlukan )
2 sudu cuka makan
1/2 sudu makan serbuk kari sekiranya mahukan perisa kari, boleh ditukar dengan blackpepper ataupun garam sahaja.
Sedikit garam
Satu periuk air untuk merebus kentang
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :

1. Kupas kulit kentang
2. Hiris nipis-nipis kentang, lebih mudah dengan menggunakan penyagat atau slicer
3. Didihkan air bersama cuka dan garam.
4. Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3minit (tips ini untuk memastikan kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng)
5. Basuh dan tos kan kentang, biarkan kentang dalam keadaan kering.Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk mempercepatkan pengeringan
6. Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup
7. Angkat dan toskan minyak
8. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan garam / blackpepper / serbuk kari
9. Tutup bekas dan goncang agar perasa sebati dengan kentang.

Selamat mencuba

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas