Teknik Cuddle Cure Dan 5S Bantu Tenangkan Bayi Yang Menangis

Cuddle Cure adalah gabungan 5 teknik yang digelar ‘5S’:

1. Swaddle

Membalut bayi dengan kemas dan ketat. langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan kepada perlaksanaan 4S yang lain.cuddle swaddle

2. Side/Stomach Position

Memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga di panggil ‘fetal position’ merujuk posisi bayi semasa di dalam rahim.

Baby poos on father's arm in photoshoot, Kent, Britain - Aug 2014

3. Ssshing

Membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu, bunyi hasil proses pencernaan yang berlaku dalam usus ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih 9 bulan yang lepas!

cuddle sshing

4. Swing

Menghayun bayi dengan intensiti hayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi dalam pelukan (bukan dalam buaian). Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih didalam rahim, setiap kali ibu bergerak.

cuddle swing

5. Sucking

Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih. Perlaksanaan setiap ‘S’ yang sempurna serta mengikut turutan yang betul perlu diambil kira. Ia mungkin tidak dapat dicapai melalui pembacaan semata-mata. Namun sekurang-kurangnya, sekarang para ibu telah tahu bahawa sawan tangis (colic) atau tangisan berpanjangan yang bukan disebabkan oleh masalah kesihatan, ada penyelesaiannya!

cuddle sucking

Kembali ke Atas