Tips Penjagaan Ketika Si Manja Demam

cara-penjagaan-kanak-demam

Kurang selera makan dan kerap menangis adalah situasi yang biasa berlaku apabila si manja demam.Pujuk si manja makan secara lembut dan berterusan adalah penting untuk mengelak perut si manja kosong dan kembung.

Sediakan makanan kegemaran mereka dan beri juga vitamin dalam bentuk tablet bagi menambah kekurangan nutrien pada si manja.

Cara Penjagaan.

  1. Pastikan si manja kerap minup air kosong dan susu.
  2. Berikan makanan yang mudah hadam seperti bubur atau sup.
  3. Berikan ubat mengikut jadual yang telah diberikan oleh doktor dan ubat Antibiotik mesitlah dihabiskan walaupun si manja sudah sihat.
  4. Lap badan si manja dengan tuala basah sekiranya suhu badan si manja naik dengan mendadak.
  5. Suhu badan si manja akan lebih tinggi pada waktu petang dan malam.
Kembali ke Atas