Apa Patut Dibuat Bila Anak Demam On Off
“Anak saya demamlah Doktor”
Demam adalah salah satu sebab utama ibu bapa membawa anak-anak mendapatkan rawatan dengan doktor. Bila anak demam terutamanya bayi kecil, pasti ibu dan ayah berasa susah hati. Mari kita lihat apa yang ibu bapa boleh lakukan jika anak demam di rumah.
1) Gunakan kain tuala kecil yang direndam dengan air suam (Tepid Sponging) kemudian diletak di dahi, ketiak, perut, leher dan celah peha.
2) Pakaikan anak pakaian yang nipis dan longgar. Elakkan dari menyelimuti si comel anda.
Pakaian/selimut yang tebal akan memerangkap haba seterusnya menaikkan lagi suhu badan anak
3) Mandikan anak dengan air paip/air suam. Jangan mandikan dengan air sejuk atau air ais kerana pembuluh darah akan mengecut dan menghalang haba dibawa ke kulit untuk dibuang.
4) Beri anak susu atau air minum sebanyak dan sekerap yang boleh. Ini boleh mengelakkan badan si comel dari mengalami kekeringan (dehydration). Lagi banyak cecair diberi lagi banyak air yang keluar melalui kencing seterusnya membantu menurunkan suhu badan.
5) Beri ubat demam mengikut sukatan dan dos yang betul pada anak anda sekiranya suhu melebihi 38°C. Suhu badan anak yang tinggi boleh membawa kepada sawan (Febrile Seizure). Sawan demam selalunya mudah terjadi pada anak-anak berusia dari 6 bulan sehingga 6 tahun.
Bila perlu bawa anak jumpa Doktor?
1) Sekiranya anak kecil anda berusia kurang dari 3 bulan, sila bawa segera berjumpa doktor sekiranya mengalami demam panas. Demam panas pada bayi kecil boleh jadi tanda2 jangkitan kuman merbahaya. Dapatkan rawatan segera!
2) Demam tinggi melebihi 3 hari
3) Demam berserta sawan
4) Si comel tidak mahu menyusu ataupun minum air
5) Demam berserta ruam pada badan
6) Muntah atau cirit birit yang banyak
7) Anak-anak tidak aktif atau kelihatan letih
8) Anak kurang membuang air kecil berbanding hari biasa
Kebanyakan kes demam pada kanak-kanak adalah tidak merbahaya dan akan sembuh dengan
sendirinya. Namun, jika ibu bapa tidak yakin dengan kondisi anak, sila bawa berjumpa dengan doktor
segera untuk dapatkan nasihat ya!
Artikel di sumbangkan oleh :
DR AINAL FAEZAH MOHD MUSTAFA
Doktor Perubatan Keluarga
Klinik AZALEA
Kenali Jenis-jenis Vacuum Yang Ada Di Pasaran Sebelum Membeli
Tengah survey vacuum macam mana nak beli untuk rumah anda ?? Baca ini dulu sebelum membuat pilihan
- Upright Vacuum
Kredit Image : Amazon.com
Upright Vacuum adalah jenis vacuum yang berbentuk tegak dan paling sering kita temui. Penyedut debu jenis ini terdapat dalam dua jenis , single vacuum & double vacuum. Sudah tentulah jenis double menpunyai kuasa sedutan yang lebih tinggi serta kuat berbanding jenis Single.
- Robot Vacuum
Kredit Image : Amazon.com
Vacuum jenis ini adalah yang paling praktikal. Malah terdapat model yang 2-in-1 dengan mop yang sangat memudahkan kerja. Jenis Robot adalah sangat popular kerana saiznya yang kecil, mudah disimpan serta tak perlu dipegang semasa digunakan.
- Steam Vacuum
Kredit Image : The Spruce
Steam vacuum mengeluarkan steam untuk membersihkan lantai. Kebiasaanya digunakan di atas permukaan yang keras seperti tiles atau wood-flooring
Vacuum dengan fungsi steam sangat membantu sekiranya anda alah kepada habuk, mempunyai anak-anak yang ekzema atau sensitif kepada
- Hendheld Vacuum
Kredit : Rtings.com
Penyedut debu ini sesuai untuk membersihkan debu-debu di tempat-tempat tersorok seperti sofa, langsir ataupun di dalam kereta. Kecil, ringan, dan tanpa kabel, ianya sangat mudah digunakan.
Tapi ingat, kapasiti pun tidak besar dan hanya sesuai untuk sedutan ringan sahaja.
Anggaran Kos Bersalin Normal Dan Caesarean Di Hospital Kerajaan & Swasta Lembah Klang 2023
Mama-mama sedang ‘survey’ beberapa pakej bersalin di hospital ? baik di hospital kerajaan mahupun swasta kedua-duanya mempunyai kos mengikut keperluan yang dicari.
1. Hospital Kerajaan
Antara hospital kerajaan popular menjadi pilihan ibu-ibu untuk melahirkan anak adalah seperti HUKM, PPUM, Hospital Putrajaya, Hospital Selayang, Hospital Shah Alam dan Hospital Serdang.
Hospital kerajaan mempunyai barisan pakar terlatih serta mempunyai cukup fasiliti sekiranya berlaku komplikasi.
Jenis rawatan | Kelas Satu | Kelas Dua | Kelas Tiga |
Pembedahan Caesarean | RM1,200 | RM400 | RM100 |
Bersalin dengan bantuan: Forcep/songsang/vakum | RM600 | RM200 | RM50 |
Bersalin kembar | RM600 | RM200 | RM50 |
Bersalin Biasa | RM450 | RM150 | RM10 |
Kredit Gambar : UM Specialist Centre
Hospital Putrajaya ( Private Wing )
Caj katil pesakit di wad
Class | Medicine/Surgery/Obstetrics and Gynaecology |
Executive(Single/Double Beds) | RM 300 per day |
First Class(Single Bed) | RM 160 per day |
First class(Double beds) | RM 130 per day |
First class(Four beds) | RM 80 per day |
Caj-caj lain
Operation Theatre | RM 250 per hour/any part thereof |
Labour Room | RM 250 per hour/any part thereof |
Subang Jaya Medical Centre
Kredit : Subang Jaya Medical Centre
Caj Bersalin Normal : RM6,000 (termasuk bilik single/double, nursery, makanan dan konsultasi), surcharge RM500 – RM1000 untuk epidural, deposit RM6,000 semasa masuk wad.
Bersalin Secara Caesarean : RM11,000 (termasuk single/double room, nursery, makanan dan konsultasi), surcharge of RM500 – RM1000 untuk epidural, deposit RM11,000 semasa admission
Prince Court Medical Centre
Caj Bersalin Normal: Bermula dari RM10,000
Bersalin Secara Caesarean: Bermula dari RM15,500
Bil berasingan untuk baby di nursery, anggaran harga RM2,000 ke RM4,000.
AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital
Kredit : AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital
Hospital KPJ
Setiap hospital KPJ menawarkan pakej berbeza, boleh rujuk website KPJ
( Harga Di bawah Untuk KPJ Kajang )
Hospital Islam Azzahrah, Bandar Baru Bangi
Hospital Pakar Annur, Bandar Baru Bangi
Hospital Pakar Annur di Bandar Baru Bangi merupakan antara pilihan ramai ibu-ibu muslim untuk melahirkan bayi. Ini kerana Hospital Annur mempunyai Doktor Pakar O&G yang dikenali ramai serta menyediakan fasiliti yang terkini di wad.
Kos bersalin adalah seperti di poster, untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi pihak Annur :
LIKE Pamapedia Di Sini
Resepi Rendang Ayam Hijau Yang Pedas Membuka Selera Penggemar Cili Padi
Benarkah Stok Susu Terlalu Banyak Dan Berlebihan Juga Boleh Jejas Kesihatan Emosi Ibu
Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang hadir ke klinik dengan wajah sugul. Seolah-olah tidak cukup tidur dan kelihatan sangat penat. Beliau memberitahu bahawa beliau sememangnya tidak cukup tidur kerana terpaksa mengepam dan mengosongkan payudaranya hampir setiap jam kerana mudah dipenuhi susu. Sekiranya tidak berbuat demikian, beliau akan mengalami bengkak susu yang akan menyukarkan lagi keadaan. Peti ais di rumahnya sudah dipenuhi dengan berpaket-paket susu perahan ibu. Menambahkan kesulitan beliau dengan limpahan susu adalah bayinya mengalami ‘keliru puting’ dan enggan menyusu badan dengannya.
Ibu seolah-olah berputus asa dengan keadaan ini dan ingin memberhentikan penyusuan susu ibu kepada bayinya agar beliau kembali bermaya. Melihat kepada situasi di atas, dikurniakan susu ibu yang melimpah ruah adalah dambaan setiap ibu yang menyusu. Ramai orang beranggapan bahawa ibu yang dianugerahkan susu ibu yang banyak adalah orang yang sangat beruntung kerana mempunyai bekalan yang cukup untuk si manja mereka bagi merealisasikan penyusuan eksklusif selama 6 bulan. Tetapi adakah mereka ini bertuah atau sebaliknya?
Apabila seseorang mengalami limpahan susu ibu yang banyak di mana payudara mudah dipenuhi semula walau baharu sahaja dikosongkan, keadaan ini dinamakan lebihan susu atau istilah Bahasa Inggerisnya ‘oversupply’. Dalam terma perubatan, ini dinamakan sebagai hypergalactia atau hyperlactation yang bermaksud keadaan di mana terdapat lebihan susu ibu yang melebihi keperluan tumbesaran bayi yang sihat. Walau bagaimanapun, tiada definisi yang tepat yang dapat menggambarkan keadaan ini.
Dianggarkan secara purata bayi yang sihat memerlukan susu ibu sebanyak 450- 1200 ml susu sehari. Sekiranya penghasilan susu ibu yang melebihi jumlah ini, ibu berkemungkinan besar mengalami masalah lebihan susu atau hiperlaktasi.
Mengapa keadaan ini terjadi?
Secara fisiologinya, susu ibu mula terbentuk sejak semester kedua kehamilan. Namun susu ibu tidak kelihatan kerana dikawal oleh hormon-hormon yang menyokong kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, cetusan laktasi akan berlaku agar susu ibu dikeluarkan apabila mendapat ransangan hisapan daripada bayi.
Penghasilan susu ibu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya adalah :
- Jumlah tisu kelenjar payudara ibu
- Kadar pengembangan tisu alveolar payudara ibu
- Kekerapan mengosongkan payudara
- Rangkaian penyusuan ‘neuroendokrin’ yang rumit
Selain itu juga, terdapat teori mengatakan kemungkinan terdapat bahan-bahan kimia otak (neuroendokrin) yang menghalang tindak balas ‘Feedback Inhibitor lactation (FIL)’ iaitu satu bahan di dalam susu ibu yang mampu merencat penghasilan susu ibu yang baharu sekiranya payudara tidak dikosongkan.
Pengosongan payudara secara kerap melalui perahan tangan atau mengepam menggunakan mesin juga boleh menjadi punca kepada keadaan ini. Penghasilan susu yang baharu akan terhasil apabila payudara kerap dikosongkan.
Di samping itu juga, pengambilan ubatan penggalak susu atau makanan bersifat penggalak susu yang berlebihan seperti halba, lobak putih, pegaga dan lain-lain juga boleh menyebabkan masalah ini. Apabila ibu mengambil bahan penggalak susu, maka susu akan dihasilkan lebih banyak dan memenuhi payudara.
Tanda-tanda ibu mengalami lebihan susu ibu
Tanda-tanda lebihan susu ibu bukan sahaja berlaku kepada si ibu malah bayi juga boleh mengalami perubahan.
Berikut adalah tanda-tanda lebihan susu:
Tanda pada ibu | Tanda pada bayi |
Pembesaran payudara ketika hamil melebihi saiz 2 ‘cup’ (contoh A ke C) | Peningkatan berat badan yang berlebihan |
Payudara yang sentiasa penuh dan kerap dipenuhi susu | Kesukaran bayi mendapat atau mengekalkan lekapan yang baik |
Kesakitan payudara dan puting | Bersifat ‘cerewet’ ketika penyusuan |
Susu menitik-nitik terlampau banyak apabila payudara penuh | Bayi sering tersedak, batuk atau melepaskan payudara ketika menyusu |
Duktus tersumbat dan jangkitan mastitis berulang kali | Ketidakselesaan perut seperti kembung perut, refluks dan letusan najis berwarna hijau |
Komplikasi hiperlaktasi
Ibu yang mengalami hiperlaktasi ini mungkin akan berasa tertekan untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan mereka dikatakan lebih cenderung menghentikan penyusuan. Ini adalah kerana kekerapan masa yang diambil untuk mengosongkan payudara menyebakan ibu tidak dapat berehat secukupnya di samping perlu menanggung kesakitan akibat payudara yang dipenuhi susu dalam tempoh yang singkat. Kekerapan mendapat duktus kelenjar susu yang tersumbat dan jangkitan payudara mungkin menyebabkan ibu berasa tidak berbaloi untuk meneruskan penyusuan.
Selain itu, kebanyakan ibu yang mengalami masalah ini kurang mendapat sokongan daripada orang sekeliling kerana beranggapan mereka sememangnya bertuah mempunyai susu yang banyak untuk bayi mereka. Tambahan pula, bekalan susu perahan yang terlampau banyak mungkin mendatangkan masalah penyimpanan dan kos kerana terpaksa membeli peti sejuk yang baru.
Rawatan
Sekiranya ibu mengalami masalah ini, mereka harus berjumpa dengan kaunselor laktasi atau perunding laktasi yang berpengalaman bagi membantu mereka. Mereka akan membantu ibu untuk memberikan nasihat dan langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan langkah yang disarankan adalah untuk mengurangkan penghasilan susu yang berlebihan di samping mengekalkan penyusuan yang mencukupi untuk bayi. Berikut adalah saranan yang boleh diberikan:
- Ibu perlu mengelakkan memakan makanan yang bersifat ‘penggalak susu’. Hal ini kerana penghasilan susu mungkin akan bertambah banyak dan memburukkan keadaan.
- Penyusuan pada sebelah payudara sahaja pada setiap sesi penyusuan. Jika bayi menyusu hanya pada sebelah payudara sahaja, susu pada payudara sebelah lagi akan terkumpul begitu lama membolehkan penghasilan susu baharu dapat direncat.
- Ibu juga digalakkan menyusu secara ‘uphill’ di mana ia membantu bayi menghisap susu dengan lebih baik dengan bantuan gravity (Rujuk gambarajah 1)
- Mengurangkan dan menjarakkan sesi pemerahan susu. Sekiranya susu penuh dalam masa yang singkat, maka ibu boleh memerah sekadar untuk melegakan kesakitan akibat payudara yang penuh.
- Ibu juga boleh memikirkan alternatif lain seperti menjadi ibu susuan kepada bayi lain dengan menyumbangkan susu perahan yang berlebihan.
Sekiranya keadaan masih berlarutan, ibu haruslah berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan lanjut. Preskripsi ubatan yang boleh mengurangkan penghasilan susu akan diberikan dan merupakan langkah terakhir bagi membantu ibu.
Sumber : MMgazette
Dr Nurjasmine Aida Jamani
Pakar Perubatan Keluarga/ Perunding Laktasi (IBCLC) IIUM
3 Resepi Lauk Mudah Dan Menyelerakan Hanya Guna Sardin Dalam Tin
Siapa yang tak gemarkan sardin kan. Pelbagai menu boleh di buat. Namun tak ramai yang tahu sardin juga boleh dijadikan lauk yang enak selain daripada Sambal Sardin
Sambal Tumis Sardin
Masakan yang mudah tapi cukup membangkitkan selera. Hidangan ini boleh dimakan bersama nasi, lempeng ataupun roti.
Sentiasa ada stok sardin / makanan tin di rumah, jika perlu boleh saja menjadi menu lauk yang sangat sedap. Setiap orang lain caranya masaknya.
Bahan-Bahan:
- 1 tin ikan sardin
- 3-4 sudu besar cili kisar
- 2 biji kentang
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 biji bawang merah, hiris nipis
- 2 hirisan nipis halia
- 1/2 mangkuk kecir air asam jawa
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- cili padi , jangan potong masukkan sebiji-sebiji
Cara Penyediaan:
- Asingkan isi ikan sardin dan kuahnya.
- Panaskan minyak anggaran 1 mangkuk kecil kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan pula cili kisar dan masak sehingga cili menjadi sedikit garing diikuti pula dengan kentang. ( Sekiranya mahu masukkan kentang awal supaya cepat empuk)
- Masukkan isi ikan sardin dan kacau perlahan-lahan kerana takut isi ikan sardin mudah hancur.
- Masukkan pula kuah ikan sardin, air asam jawa, cili padi dan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tips:
- Boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa
Masak Lemak Cili Padi Sardin / Mackerel Tin
Hmm ini sungguh menyelerakan. Rasanya juga ada lemak pedas masam manis. Wah..anda harus mencubanya. Sedap dimakan dengan roti, lempeng atau roti puri.
Bahan-bahan :
Cara Penyediaan :
1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk beserta air2. Didihkan sehingga menggelegak untuk matikan bau dan rasa pijar cili dan bawang
Asam Pedas Sardin Dengan Bunga Kantan
Bahan-bahan:
Guna Google 3D Animal Untuk Lihat Haiwan Dalam Augmented Reality Di Rumah #Anak-anak Pasti Suka
Aktiviti yang menarik boleh dibuat dengan anak-anak di rumah
Tahun lepas Google telah memperkenalkan Google Animal supaya pengguna Google dapat berinteraksi dengan haiwan secara lebih dekat melalui teknologi Augmented Reality
Untuk menggunakan fungsi ini anda hanya perlu :
1. Google nama haiwan tersebut contoh , Tiger atau Giant Panda
2. Di bawah imej yang dipaparkan ada tertulis “Meet a life-sized giant panda up close”
3. Klik ‘view in 3D’ button dalam 30saat , kemudian klik ‘view in your space’ atau klik AR untuk melihat haiwan tersebut di hadapan anda !
4. Anda juga perlu memberi kebenaran pada Google untuk akses kepada camera telefon
5. Untuk pengguna iPhone ianya memerlukan iOS 11.0 atau ke atas dan Android 7.0 ke atas
6. Antara binatang yang boleh dilihat seperti Singa, Kuda, Whale, Turtle, Harimau dan pelbagai lagi…cubalah explore dengan anak-anak nanti
Senangnya Tanam Kangkung Dan Bayam Tanpa Tanah Di Rumah
Mudah saja nak tanam kangkung sendiri kat rumah.
Gunakan besen dan penapis sahaja, tak perlu tanah. Jimatpun jimat!
1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah.
2. Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.
3. Isikan air baja AB sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.
4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)
5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh diletakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok)
6. Selang dua tiga hari periksa sekranya ada jentik2 dalam takungan air baja.
7. Apabila sudah 3 ke 4 minggu pokok kangkung sudah boleh di tuai dimasak belacan ?
8. Boleh juga guna kaedah ini untuk tanam jenis bayam!
Doktor Ini Terangkan Kenapa Bayi Dan Kanak-kanak Kurang Dijangkiti COVID-19
Perkongsian Doktor Farish Md Noh, seorang Pegawai Perubatan di akaun Facebook beliau kenapa COVID-19 kurang menjangkiti kanak-kanak dan bayi.
Penjelasan Doktor kami kekalkan dalam perkongsian asal beliau tanpa sebarang olahan bahasa. Semoga memberi manfaat.
Mungkin ada yang bertanya kenapa COVID 19 ni macam tak dengar sangat dia memberi kesan kepada budak2 sedangkan mereka adalah golongan yang mudah dijangkiti dengan penyakit lagi2 radang2 paru2 sampai bersepah kes BRONCHOPNEUMONIA di mana2 wad Pediatrik satu Malaysia ini. Berdasarkan konsensus pakar2 paru2 atau PULMONOLOGISTS, mereka telah mengemukakan beberapa sebab. Antaranya;
1. Wabak ini berlaku yakni outbreak dia start di penghujung Bulan 12 2019 yang mana pada waktu itu cuti sekolah, so ramai budak2 yang dah bercuti dok rumah, so xde kluster pengumpulan budak2 pada waktu itu.
2. Perkembangan immuniti budak2 belum fully developed, so dikatakan sistem immuniti mereka xdpt respond dgn betapa teruknya kesan COVID 19 ini, dengan kata mudahnya bila kita jumpa org yg xkenal kita akan ignore jer daripada kita jumpa org yg kita kenal mayb kita akan lagi berhubungan
3. COVID 19 ni perlukan lock atau mangga utk dibuka, mcm org dewasa ada satu receptor dipanggil ACE 2 Receptor, so COVID 19 ini adalah kunci utk buka receptor ini, tapi dalam budak2, sistem badan xfully developed, so xwujud lagi ACE 2 Receptor ini utk COVID 19 ini buka dan serang badan budak2
4. Budak2 lagi2 bayi kerap kena jangkitan virus seperti RSV, so reaksi badan bayi terhadap virus RSV ini akan induce pembentukan antibodi yg boleh counter virus2 baru seperti COVID 19
Secara kesimpulannya, kajian mengatakan jika COVID 19 kena pada budak, mereka hanya akan dpt mild symptoms sahaja dan biasanya akan sembuh dalam masa seminggu atau 2 minggu. Tapi apa2 pon PREVENTION IS BETTER THAN CURE! Ini adalah virus baru, so kena expect the worst! STAY SAFE kids! Untunglah Doktor2 Paeds xbizi sekarang sebab kurang patient, dlu masa abam kat Paeds bz dgn kes Influenza H1N1, sekarang dh keluar Paeds, masuk Public Health bz dgn COVID 19 plak, nasibla labuuu oiii..
Jaga diri dan kekalkan amalan kebersihan yang betul.
Resepi Bun Manis Simple Cepat Guna Breadmaker Dan AirFryer
Malas nak keluar beli roti ke tu? jangan risau apa kata cuba resepi simple Bun Manis. Bahan-bahan pun senang dapat di rumah je kan.
BAHAN-BAHAN:
200ml air sejuk
2 sudu gula
2 sudu susu pekat
1 biji telur
500g tepung gandum
11g yis
60g margarine/ butter/ shortening
garam
CARA MEMBUAT :
1. Masukkan semua bahan mengikut urutan seperti di atas (cecair masuk dulu) ke dalam pan bread maker.
2. Setkan Bread Maker ( saya guna Noxxa) pada dough 10/30mins
3. Rehatkan sebentar doh yang gebu
4. Timbang pada size 30-60g doh & susun dalam bekas dgn sedikit jarak (bagi ruang roti mengembang)
5. Set kan air fryer
▪️suhu 160darjah
▪️masa 15 minit
6. Taraaa! Siap.
Tips :
Boleh buka bakul untuk check masa proses bakar.
Cucuk dgn garfu utk pastikan roti dah masak.
Selamat mencuba✌?