11 Kriteria Pemilihan Pam Susu Atau Breastpump Yang Anda Harus Baca. #3 Paling Utama

amedaultraandbackpack

1. Bajet

 

Tetapkan bajet anda untuk membeli pam susu yang bersesuaian. Murah atau mahal bukanlah ukuran, lihatlah pada kemampuan diri serta keperluan. Terdapat pelbagai jenama pum susu yang baik di pasaran. Boleh buat survey secara online dahulu ke beberapa butik bayi untuk melihat harga serta promosi yang ditawarkan.

 

2. Pam Manual Atau Elektrik ?

 

single pump

Terdapat beberapa jenis pam susu seperti Pam Manual, Pam elektrik, dan Ada juga Pam Elektrik beserta bateri. Jika Anda memilih Pam Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental.  Pam Manual kebiasaannya lebih murah berbanding Elektrik.

Manakala Breastpump elektrik pula, ia memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Malahan ritma serta kekuatan hisapan dapat diselaraskan di kedua belah payudara, ini membantu penghasilan susu yang lebih lancar.

 

 

3. Keselesaan

 

 

Breastpump Avent mempunyai breast-shield yang lembut

Pam yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payu dara mempunyai alas getah yang lembut. Pilihlah pam susu yang menyediakan silicon Breast Shield di dalam set.

 

 

4. Ketahanan Bateri Pam

 

maxresdefault

Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

 

5. Daya Hisapan / Suction

 

baby bf dgn mama

Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, hisapan begini paling selesa dan tidak menyakitkan.

 

 

6. Spare-parts

 

brand breast pump

Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak.

Pam elektrik perlu di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu. Dan paling penting pembelian breastpump  mempunyai jaminan/waranty agar tidak timbul sebarang isu di kemudian hari seperti tiada suction, motor rosak dan sebagainya.

 

 

7. Bunyi

 

pilih pum susu

 

Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu di ambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia akan memberikan rasa selesa serta tidak mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.

 

8. Mobil dan mudah dibawa

 

beg pump susu

Sebagai ibu yang aktif dan bekerja, breastpump yang dipilih mesti ringkas dan mudah di bawa kemana sahaja. Terdapat set pam susu yang dijual sekali dengan beg travel yang kemas dan cantik. Terdapat juga yang bersekali dengan cooler.

 

9.  Single-pump atau Double-pump ?

 

pilih pum susu

Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, jenis Double Pump adalah lebih sesuai. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.

 

 

 

10. Jenama

 

307260_25930_XL

 

Banyak jenama Breastpump yang ditawarkan di pasaran. Terpulang pada anda untuk memilih. Cuba ‘google’ setiap jenama dan dapatkan review daripada ibu-ibu yang telah menggunakannya. Antara jenama popular di Malaysia adalah seperti Medela, Autumnz, Lacte, Spectra, Pureen, Snow bear dan banyak lagi.

 

 

 

11. Saiz & Berat

medela_breast_pump

Saiz dan berat sesebuah pam adalah berbeza. Jika anda sering keluar outstation, perlu menaiki kenderaan awam ketika bekerja, pilihlah pam yang ringan,tidak besar dan mudah di bawa.

 

LIKE Pamapedia DI SINI 

 

Kembali ke Atas