12 Makanan Yang Dapat Membakar Lemak

 

12 Jenis Makanan ini mudah untuk disediakan dan boleh didapati di mana-mana pasaraya. Permakanan yang sihat adalah penting untuk diet harian. Kajian menunjukkan individu yang mengambil diet semula jadi jauh lebih sihat daripada individu yang mengamalkan supplement seperti kapsul untuk kurus.

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Grapefruit

Vitamin C yang ada di dalam Grapefruit membantu meningkatkan Metabolism badan. Cara pemakanan ambil separuh semasa sarapan pagi dan makan sebiji sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan tengahari kerana dapat mengalas perut bagi mengelakkan makan berlebihan.

 

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Lada Hitam ( Black Pepper )

Lada Hitam dapat menghalang pembentukan sel-sel lemak di dalam badan anda. Selain itu, ianya juga membantu meningkatkan metabolism yang diperlukan untuk kurus.

 

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Kayu Manis

Kayu manis sangat dikenali sebagai herba yang boleh mengurangkan kolesterol di dalam darah. Cara pemakanan tambahkan sudu kecil kayu manis pada teh atau kopi.

Penting : Cuba dapatkan Ceylon cinnamon ( kayu manis jenis cinnamon ), kerana Cassia Ceylon ( kayu manis jenis Cassia ) boleh merosakkan hati.

Antara 2 jenis Kayu manis.

 

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Telur

Telur antara makanan yang kurang kalori dan mempunyai 7 grams protein yang diperlukan badan. Kajian menunjukan sarapan sebiji telur setiap pagi dapat membantu melawan peningkatan berat badan. Tetapi jangan ambil berlebihan.

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Selain daripada keenakan epal dan manisnya buah ini mempunyai serat makanan yang membantu melancarkan sistem penghadaman. Ianya juga mengurangkan kolestrol di dalam badan.

 

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Teh Hijau

Teh hijau dikenali sebagai ‘Slimming Tea’ kerana terbukti berkesan untuk mengawal serta menurunkan berat badan secara semulajadi. Minum teh hijau sebanyak 3 kali sehari karana ianya dapat meningkatkan metabolism badan. Campurkan limau atau madu di dalam teh hijau untuk rasa yang lebih lazat.

 

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Blueberries

Blueberries mengandungi antioksidan yang lebih banyak dibandingkan dengan buah segar yang lain. Selain dari meningkatkan metabolism. Kalori yang sihat di dalam blueberries dapat memberikan tenaga untuk sepanjang hari.

 

 

makanan-yang-dapat-membakar-lemak

Kacang Badam ( Almond )

Kacang Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan mempunyai 20 kali lebih protein daripada bijirin yang lain. Kacang Badam dapat mengurangkan paras kolestrol,merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Menurut Kajian, protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi ketika hamil.

Kembali ke Atas