Tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak kita merasai kesan kemerosotan ekonomi apabila kurangnya kuasa membeli pada pihak penggguna dan kita mula sedar yang manakah keperluan mahupun kehendak.
Kesan ini turut dirasai oleh beberapa restoran luar negara yang telah menutup cawangan mereka di Malaysia atas sebab kurangnya pelanggan yang datang dan kos operasi yang meningkat.
Oleh itu kami kongsikan lima buah restoran yang telah menutup operasi mereka di Malaysia. Mungkin ada restoran ini adalah tempat kegemaran anda untuk bersantai bersama teman-teman.
1. Tous Les Jours dari Korea Selatan
Ramai yang berasa kecewa apabila mengetahui francais roti dari Korea Selatan (walaupun namanya seakan dari Perancis) ini telah menutup premis mereka secara tiba-tiba.
Di Malaysia, Tous Les Jours mempunyai empat cawangan di Malaysia iaitu Banfsar, Empire Damansara, WOLO Bukit Bintang dan Empire Subang.
2. Restoran Tim Ho Wan dari Taiwan
Restoran ini terkenal dengan hidangan dim sumnya dan mempunyai dua cawangan di Malaysia iaitu di Midvalley dan 1Utama. Lebih menarik lagi, restoran ini turut bergelar “restoran berbintang Michelin termurah di dunia”.
Namun begitu pada tahun lalu, keuntungan restoran tersebut di Malaysia telah merosot sebanyak RM895.642 sehingga terpaksa menutup operasi mereka di sini.
3. Delifrance dari Perancis
Kedai roti dan kafe ini mempunyai peminatnya sendiri yang ingin mendapatkan roti dan kopi yang berkualiti serta mempunyai rasa yang lazat.
Mula beroperasi di Malaysia sejak 1990, ia mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia namun pada tahun lalu, Delifrance telah menutup semua operasinya di negara ini.
4. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan
Minggu lalu hangat diperkatakan oleh peminat makanan Korea apabila restoran berbeku Korea Selatan ini telah menutup operasi mereka di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Sehinggi kini masih belum ada sebarang kenyataan mengapa restoran ini menutup operasinya di Malaysia.