5 Pulau Terbaik di Terengganu Yang Wajib Anda Lawati
1.PULAU PERHENTIAN – PULAU TERCANTIK DI TERENGGANU
Pernah menduduki tempat ke 13 dalam senarai 100 pulau terbaik di dunia oleh CNN, Pulau Perhentian terletak kira-kira 19 km dari Jeti Kuala Besut, Terengganu. Pulau ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar.
Jangan lepaskan peluang untuk cuba aktivit menarik di sana seperti ‘Scuba’, ‘Snorkeling’, ‘Parasailing’, ‘Jungle Trekking’ dan semestinya mandi-manda di persisiran pantai.
2.PULAU REDANG
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu pulau terbesar di Pantai Timur Malaysia. Selain menjadi lokasi percutian yang sangat cantik, Pulau Redang juga memainkan peranan sebagai tapak pemuliharaan penyu yang pastinya menjadikan lokasi ini lebih menarik.
Pulau Redang sangat sesuai untuk mereka yang suka berenang, snorkeling, scuba diving, dan jungle trekking. Selain itu, Pulau Redang juga menjadi lokasi wajib bagi mereka yang sedang dalam mood honeymoon.
3.PULAU LANG TENGAH
Di antara Pulau Perhentian & Pulau Redang terdapat sebuah pulau kecil iaitu Pulau Lang Tengah. Ianya terletak kira-kira 40 km ke arah utara Kuala Terengganu dan lebih kurang 22 km dari pesisiran pantai semenanjung.
Jika anda merancang untuk bercuti di sini, anda boleh menaiki bot di Jeti Merang yang terletak dalam Daerah Besut. Dan jadual perjalanan bot adalah pada waktu pagi dan tengahari sahaja.
4.PULAU KAPAS
Pulau kapas yang terletak lebih kurang 6 km dari jeti Marang, Terengganu ini sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesesakan sambil melakukan aktiviti diving & snorkeling. Pulau kapas hanya 2km panjang & lebar lebih kurang 1km. Tidak sesibuk pulau-pulau lain walaupun ianya musim cuti sekolah. Anda boleh bercuti dengan tenang tanpa perlu bersesak-sesak.
Selain menjadi tempat percutian, Pulau Kapas juga terkenal di kalangan penggemar aktiviti mencandat sotong. Aktiviti ini selalunya pada Jun dan Julai setiap tahun.
5. PULAU GEMIA
Mungkin nama Pulau Gemia masih asing untuk anda. Tidak mengapa, di sini kami bawakan sedikit pengenalan tentang Pulau Gemia yang terletak 800 Meter dari Pulau Kapas. Jaraknya dari tanah semenanjung pula hanya 5KM.
Walaupun tidak popular seperti pulau Perhentian atau Redang, pulau Gemia berjaya menarik pelancong untuk meneroka & menikmati kecantikan pulau yang dikelilingi kehijauan pokok serta air yang jernih sesuai untuk mandi-manda. Hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki bot laju di jeti Marang, Kuala Terengganu, anda boeh menikmati keindahan di Pulau Gemia.