6 Pulau Tercantik di Malaysia yang Sempurna untuk Penggemar Aktiviti Selam & Snorkeling

Negara kita sememangnya kaya dengan beribu-ribu pulau yang memukau mata memandang dan sentiasa dikunjungi para pelancong dalam dan luar negara!

Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Sipadan yang terletak di perairan Laut China Selatan manakala Pulau Pangkor dan Pulau Pinang yang terletak di perairan Selat Melaka merupakan beberapa contoh pulau yang terkenal di Malaysia.

Pulau-pulau tersebut tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum, sudah terkenal di mata dunia.

Tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi pulau yang menarik selain itu? Hal ini terjadi kerana ia kurang mendapat liputan media dan kunjungan umum namun keindahannya tidak perlu dipertikaikan walaupun kurang popular.

Berikut merupakan 6 pulau cantik di Semenanjung Malaysia yang anda mungkin tidak tahu dan wajib kunjungi:

1) PULAU RAWA, BESUT, TERENGGANU

108053-ɄY›Pulau-RawaE8;e-18_o,

Kredit Foto: malysiasite.nl

Terengganu memang terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai ratusan pulau menarik dan kaya dengan spesies hidupan marin. Salah satunya ialah Pulau Rawa. Anda jangan terkejut apabila membaca Pulau Rawa ini terletak di Besut, Terengganu.

Seperti yang kita maklum, Pulau Rawa terletak di Mersing, Johor dan sememangnya cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun warga asing terutamanya warga Kota Singa.

Namun, di Terengganu juga terdapat Pulau Rawa yang berdekatan dengan Pulau Perhentian. Sama cantik, sama indah seperti di Mersing, Johor.

Pulau Rawa merupakan tempat tumpuan untuk aktiviti bersnorkeling kerana airnya sangat jernih berwarna biru kehijau-hijauan dan ikan-ikan yang banyak berkeliaran sehingga ke gigi air.

Jika anda penggemar aktiviti snorkeling, anda pasti berpuas hati di sini. Menariknya lagi, pantainya juga landai dan pasir pantai yang halus menjadi pilihan untuk aktiviti sun bathing.

2) PULAU SONGSONG, YAN, KEDAH

12115562_602900656515989_1205570803374842254_nasd

Kredit Foto: july1516.blogspot

Terletak di perairan daerah Yan, Pulau Songsong merupakan pulau yang tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan bagi penyu bertelur pada musim-musim tertentu.

Perjalanan ke Pulau Songsong memakan masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau hanya 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan.

Pulau Song adalah syurga bagi para penyelam skuba. Jika menyelam di sini, spesies ikan yang ada di dasar lautnya adalah ikan alu-alu, Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead.

Apabila bercerita mengenai Pulau Song, pasti hati teringat akan keindahan pantainya yang memutih, lautnya berwarna biru kehijau-kehijauan apatah lagi lambaian pepohon nyiur seolah-olah mengajak hati sekali lagi menjengah ke sana. Jom kita ke sini.

3) PULAU GEMIA, MARANG, TERENGGANU



Pulau Gemia juga dikenali sebagai Coral Island atau Gem Island merupakan sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Kapas, hanya 800 meter sahaja dan jarak dengan jeti Marang adalah sejauh 5km.

Kebiasaannya, para pelancong yang datang ke Pulau Kapas akan pergi ke Pulau Gemia sebagai salah satu lokasi bagi melakukan aktiviti snorkeling, menyelam ataupun menikmati pemandangan pantai.

Pulau kecil ini juga dapat menarik ramai pelancong kerana memiliki panorama matahari terbit yang cantik selain pulau ini yang kecil dan kurang pengunjung dapat menggamit persekitaran yang romantik dan damai.

Udara di sini juga sungguh nyaman dan sejuk kerana kurang penerokaan hutan di sana. Lautnya biru, pantainya bersih, pasirnya kuning.


4) PULAU TINGGI, MERSING, JOHOR

Seaview-at-Pulau-Tinggi (1)

Kredit Foto: towner4896.blogspot

Jika anda berhajat untuk datang ke sini, anda boleh menaiki feri atau bot laju dari Jeti Tanjung Leman, Kota Tinggi. Di pulau ini, anda dihidangkan dengan pantai putih bersih, laut yang terbentang luas, langit yang membiru dan gunung ganang yang menghijau.

Pulau terpencil ini sesuai untuk mereka yang mencari tempat percutian yang menenangkan, jauh daripada kesibukan kota. Pelbagai aktiviti sukan air boleh dilakukan di sini seperti memancing, berkayak, berenang, meredah hutan, menyelam skuba dan lawatan ke pulau-pulau.

Aktiviti yang popular di sini adalah snorkeling dan meredah hutan. Jika anda ingin meredah hutan untuk menjejaki laguna dengan air terjun yang jarang diusik, perjalanan untuk sampai ke sana adalah selama 30 sehingga 45 minit dengan bantuan orang tempatan.

5) PULAU SUSU DARA, BESUT, TERENGGANU

Kredit Foto: noellenew33.blogspot


Pulau Susu Dara seakan-akan asing bagi kita namun sebenarnya, ia terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian di daerah Besut. Keluasan pulau ini kecil sahaja dan tidak mempunyai penghuni. Jika ingin pergi ke sini dari Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Jertih, jaraknya sejauh 130km, 55km dan 21km.

Di sekitar pulau ini, terdapat gugusan pulau kecil seperti Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Para pelancong yang bercuti di Pulau Perhentian akan dibawa ke sini untuk menikmati keindahan dunia bawah laut melalui aktiviti snorkeling.

Pantai pulau ini mempunyai pasir yang cantik sekali. Pasir yang halus ini membuat kita terasa hendak berbaring. Pulau ini penuh dengan batu-batu besar yang cantik dan menganjur ke laut menjadi tempat ikan bermain dan terumbu yang cantik terdapat di kawasan ini. Air lautnya cukup jernih sehingga anda boleh nampak ikan di dasar laut.

6) PULAU TENGGOL, KUALA DUNGUN, TERENGGANU

Walaupun pulaunya hanya sepanjang 3km sahaja, namun Pulau Tenggol sering menjadi destinasi untuk menyelam. Dahulunya pulau ini tidak popular dan tidak berpenghuni namun kini mempunyai beberapa hotel dan resort yang selesa untuk pelancong.

Pulau Tenggol menyediakan 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Teluk Air Tawar adalah antara tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula merupakan tempat menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan dan beberapa jenis batu karang pelantar laut dalam.

Sumber : Catchthatbus

 

Kembali ke Atas