Anak Banyak Melukis Dengan Warna Hitam Dan Merah Signal Kepada Masalah Emosi?

 

kanak-kanak-melukis2

Emosi anak-anak kecil mudah dilihat melalui apa yang dilukis. Lukisan menggambarkan apa yang difikirkan, apa yang dilalui serta apa yang mengganggu fikirannya. Boleh jadi ianya gambar comel Elsa dan Anna atau gambar pistol dan pisau.

Ada beberapa perkara yang boleh dilihat melalui lukisan anak anda:

1. Gambar Lukisan Yang LuarBiasa Daripada Kebiasaan

Biasanya-anak anak kita gemar melukis gambar-gambar pemandangan indah dan menarik. Dengan warna yang cantik dan ceria.  Namun, pada suatu ketika, lukisannya ada gambar yang berbeza seperti pisau, darah, “hantu” dan lain-lain. Berkemungkinan anak baru sahaja melalui mimpi ngeri, atau trauma selepas melihat suatu kemalangan atau kisah yang terlalu seram di kaca TV.

lukisan-kanak-kanak2-01

2. Penggunaan Warna Dalam Lukisan

Adakah anak anda menggunakan banyak warna-warna gelap seperti hitam dan merah? Ataupun lebih gemarkan warna ceria dan lembut seperti biru dan pink? Penggunaan terlalu banyak warna hitam adalah signal kepada emosi anak yang terganggu. ( Abaikan tanda atau maklumat ini sekiranya hanya ada satu sahaja pilihan warna iaitu hitam/ marker hitam di rumah)

Penggunaan warna hitam adalah tanda depression or feeling hopeless or restricted. Warna merah pula menggambarkan perasaan marah atau memberontak atau aggresif. Dalam satu kajian yang dibuat terhadap kanak-kanak yang menderita sakit kanser serta melalui pelbagai kaedah rawatan yang sukar dan menyakitkan, mereka hanya melukis menggunakan warna hitam sahaja.

Pakar Terapi akan membuat siasatan lanjut seandainya lukisan cenderung menggunakan warna gelap ini secara dominan, ianya tidak diambil kira bagi lukisan yang berwarna warni atau warna gelap itu sememangnya warna bagi objek (contohnya : warna burung helang- hitam, warna kereta ayah- merah atau hitam

3. Masalah Keluarga

Suasana rumah anak dibesarkan dapat dibaca melalui lukisannya. Siapakah yang dilukis rapat dengan dirinya, siapakah yang jauh dari dirinya, adakah ahli keluarga yang tiada dalam setiap lukisan yang dilukis?

Contoh lukisan di bawah:

9-year-old’s drawing that shows her making sandcastles with her brother while Father and Mother played basketball separately. Since the task explicitly mentioned drawing her family doing something TOGETHER, her inability to do so hinted at a probable divide at home between “children” and “adults”.Interestingly this family had presented a “close-knit” front in the counseling sessions. The drawing signaled to the therapist to explore the family dynamics more deeply.

lukisan-kanak-kanak
** Lukisan yang dimulakan di bahagian bawah bucu – menunjukkan emosi anak yang rasa “insecure” atau kurang berkeyakinan.

Lukisan Mengikut Usia Anak :

2-4 tahun: Garisan Rawak/ Conteng-conteng / Scribble

4 tahun : Garisan /Line

5-6 tahun : Drawing concepts, bukan figure sebenar, jika gambar orang ada yang masih tidak dapat dibezakan lelaki atau perempuan.

7-8 years: Melukis persekitaran mereka, sekolah, dunia serta apa yang mereka lihat ( membeli belah, kapal terbang dan melancong ) / Representational drawings

9-10 years: Lukisan menjadi lebih tepat/ Visual Realism

Sekiranya anda melihat suatu yang luar biasa, rujuklah pada pakar perkembangan kanak-kanak bagi nasihat yang lebih terperinci.

Like kami Pamapedia di sini 

Sumber : http://www.lovingyourchild.com

 

Kembali ke Atas