Autisme Di Kalangan Kanak-Kanak

Autisme-Di-Kalangan-Kanak-Kanak

Apa Itu Autisme ?

Autisme adalah sejenis ganguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial.

Autisme bukanlah sejenis penyakit berjangkit ataupun keturunan. Menurut kajian risiko bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

Maksud Autisme ?

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu “autos”  yang bermaksud sendiri.

Antara Simptom-simptom Autisme ialah:

Autisme boleh dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme suka memencilkan diri dan mempunyai masalah dalam hubungan social dan emosi dengan orang lain walaupun ahli keluarga sendiri.

1. Tidak menunjukkan eye contact.

2. Tidak bertindak balas terhadap senyuman.

3. Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain. Suka bermain sendiri.

4. Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang kali dan kerap melentikkan badan seolah olah dipeluk.

5. Terlalu sensetif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.

6. Lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir.

7. Kurang ekspresi muka.

8. Mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu.

 

Autisme-Di-Kalangan-Kanak-Kanak1

Apakah Tindakkan Ibu-Bapa Jika Mengesan Anak Menghidap Autisme ?

Sebagai ibu bapa anda perlu peka dalam mengesan tanda-tanda awal ini supaya masa depan mereka lebih terjamin. Bawa mereka berjumpa dengan pakar-pakar yang berkaitan dengan penyakit Autisme. Mereka akan memeriksa dengan lebih teliti kerana ada sesetengah kanak-kanak hanya menunjukkan simpton biasa.

Dengan adanya pendidikan khas dalam social dan pendidikan maka banyak masalah yang berkaitan dengan autisme dapat dikurangkan dan dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak ini serta ahli-ahli keluarganya.

 

 

 

 

Kembali ke Atas