Budak Lelaki Tanpa Tangan Ini Terima Tangan Bionik Iron Man Dari Robert Downey Jr

Robert Downey Junior atau lebih dikenali sebagai Tony Stark pelakon watak utama Iron Man membuat kejutan kepada seorang budak lelaki tanpa tangan dengan menghadiahkan sebuah 3D printed arm secara percuma kepadanya.

Project ini di jalankan oleh Limbitless iaitu sebuah project di Universiti Central Florida yang dikendalikan oleh Albert Manero yang merupakan pelajar PHD dalam kejuruteraan mekanikal.

templete-size-blog

Beliau dan beberapa sukarelawan Limbitless mencipta teknologi baru seperti 3D printing untuk membuat tangan palsu elektronik yang murah untuk kanak kanak seperti ini supaya mereka boleh memberi secara percuma.

Menariknya lagi harga sebuah tangan palsu ini tidak lebih dari 350USD. Duit sumbangan dan sedikit daripada duit dari sukarelawan Limbitless sudah dapat membuat tangan ini.

Kembali ke Atas