DIY Baby Car Kit. Ini rahsia dan caranya!
Tahukah anda kita perlu menyediakan Baby Car Kit supaya kita sentiasa dalam keadaan sedia dengan si kecil kesayangan kita? Kini anda boleh lakukan sendiri di rumah! DIY Baby Car Kit anda dengan 3 langkah mudah di bawah :
#1 Pilih bekas simpanan anda
Bekas simpanan plastik
Bekas simpanan yang lutsinar adalah lebih bagus supaya anda boleh lihat isi di dalam. Bekas simpanan plastik juga mudah untuk diuruskan dan dibersihkan jika sebarang tumpahan berlaku. Bekas simpanan beserta penutup juga lebih disarankan agar barang di dalam bekas simpanan lebih selamat dan terjaga.
Bekas simpanan Fabrik
Ini bukan sahaja menarik minat anda tetapi juga menarik minat kita para ibu bapa! Kita boleh memilih warna dan corak kesukaan kita dengan bekas simpanan fabrik seperti ini. Bekas simpanan seperti ini juga dapat memudahkan kita tanpa perlu membuka dan menutup selepas mengambil barang di dalamnya.
Bekas simpanan fabrik hias
Bekas simpanan fabrik hias ini merupakan yang paling mudah dan besar untuk anda mengisi barang-barang keperluan anak anda bagi Baby Car Kit anda. Anda boleh terus letak dan bawa bekas simpanan seperti ini dan ini akan memudahkan anda. Dengan konsep mudah di bawa (disertakan bersama pemegang) kita kerja anda sebagai ibu bapa lebih mudah!
#2 Sediakan barangan must-have anda
- Lampin (Pampers dalam 2-3 keping)
- Tisu basah (baby wipes)
- Plastik (untuk membuang lampin pakai buang anak anda)
- Baju ( 2 set – untuk persediaan bagi anak anda jika berlaku sebarang kekotoran pada baju)
- Puting ekstra (PENTING ! jika puting bayi anda hilang)
- Hand Sanitizer
- First aid kit
- Travel Size Lotion Kit (syampu, sabun badan, lotion badan)
- Bib bayi (baby bib)
- Botol susu, botol air, susu di dalam bekas kecil untuk kecemasan
- Alas penukar lampin bayi (Diaper Changing Pad Clutch)
#3 Kemaskan & Siap!
Setelah anda menyenarai pendekkan barang keperluan anda, anda kini hanya perlu kemaskan dan siap untuk diletakkan di dalam bonet kereta anda!
Jangan lupa untuk mengemaskini barang atau item yang telah habis dan telah digunakan semula ya!
Kini anda tidak perlu risau lagi apabila ingin berjalan jauh dengan bayi anda!