Fenomena Half-Baked Cheesetart

Fenomena ini bermula apabila hokkaido Cheesetart menambah lebih banyak cawangan di kebanyakan pusat beli-belah di Malaysia, justeru mendatangkan minat untuk mencuba kepada netizen apabila cheesetart ini menjadi viral di sosial media.  Setelah half-baked cheesetart mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ,  hampir kesemua kedai bakeri di Malaysia berlumba-lumba untuk memperkenalkan half-baked cheesetart versi tersendiri. Berikut adalah antara jenama half-baked cheesetart yang popular di Malaysia.

 

  1. Hokkaido Baked Cheesetart

Semakin hari cawangan Hokkaido Cheesetart semakin bertambah dan kini mempunyai  cawangan di hampir setiap semua pusat beli belah di sekitar Selangor dan kuala Lumpur.
Bagi yang menggemarkan tekstur ‘tart crust’ yang agak tebal an keras, tetapi masih mengekalkan inti ‘half-baked cheese’ pasti akan menyukai Hokkaido Baked Cheesetart. Selain itu, Hokkaido juga ada menyediakan half-baked cheesetart berperisa coklat dan durian. Harga bagi sebiji ‘half-baked cheesetart’ pula adalah RM 5.80++

  1. De Lava Baked Cheesetart

Bagi yang menyukai ‘tart crust’ lebih nipis dan tidak terlalu keras, De Lava Baked Cheesetart pasti memenuhi selera anda. Selain itu, De Lava Baked Cheesetart juga mempunyai pebagai perisa yang menarik seperti durian, matcha, tiramisu dan juga coklat. Namun perisa yang mendapat jualan paling laris adalah semestinya perisa asli De Lava Baked Cheesetart. Harga yang mereka tawarkan juga sangat berpatutan iaitu RM4.90++

 

  1. Pablo Cheesetart

Selain daripada half-baked cheesetart, Pablo juga terkenal dengan kek keju yang sangat lembut dan juga aiskrim ‘cheese softserve’ yang popular di Pablo. Bagi yang menyukai ‘tart crust’ yang lebih rapuh dan bergandum, bolehlah mencuba Pablo Cheesetart. Harga yang ditawarkan pula lebih mahal berbanding half-baked cheesetart yang lain iaitu RM 8.90++

 

  1. Tokyo Secret Cheesetart

Tokyo Secret sememangnya terkenal dengan Hanjuku cheesetart terutama bagi penggemar ‘tart crust’ yang agak rapuh seperti tekstur biskut dan inti yang ‘half-baked cheese’ yang cair. Mereka juga menawarkan beberapa lagi perisa berbeza. Harga bagi sebiji cheesetart perisa asli adalah RM 7.90++

Kembali ke Atas