Keberkatan dan aktif berpersatuan bukan penghalang kejayaan – Penerima Anugerah DYMM Sultan Selangor

Bangi, 13 Ogos  – Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang (Kepujian) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Ahmad Walid Shahbudin menyifatkan keberkatan merupakan faktor penting membawa kejayaannya dan aktif berpersatuan bukan penghalang baginya dalam menggondol Anugerah DYMM Sultan Selangor kali ini.

kuis

Pelajar Terbaik Konvokesyen KUIS Ke-19 merakamkan kenangan bersama Menteri Besar Selangor , Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIS.

‘Kejayaan saya terbahagi kepada tiga iaitu keberkatan kedua ibu bapa , keberkatan daripada pensyarah atau tenaga pengajar sangatlah penting dan terakhir sekali fokus di dalam pelajaran terutamanya di dalam kelas.’ kata Ahmad Walid kepada tim Pamapedia.

‘Terima kasih diucapkan kepada ibu dan ahli keluarga saya. Tidak dilupakan juga Pn. Azizah Mat Rashid, Sir Hammad, Puan Shana, Sir Farouq, Ustazah Hazizah, Ustaz Misbah dan banyak lagi nama yang tidak akan saya lupakan. Serta rakan-rakan sekelas SMSU 8A,’ tambah Ahmad Walid lagi.

Ahmad Walid Shahbuddin yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Sarjana juga bersyukur apabila beliau tidak perlu menunggu lama untuk mendapat pekerjaan apabila diterima bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur sebaik tamat pengajian.

Sementara itu, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan E-Dagang (Kepujian), Ainur Arfah Mohd Noor yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Dato’ Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa,

“Pelajar tidak seharusnya menjadikan aktif berpersatuan sebagai asbab dalam kehilangan fokus dan penurunan gred di dalam akademik.” kata Mantan Sekretariat Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ini.

kuis

 

Ainur Arfah bersama barisan Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014 yang turut menamatkan pengajian mereka pada konvokesyen kali ini menyifatkan bahawa ini juga merupakan faktor kejayaan yang diperolehnya.

Turut difahamkan juga bahawa kedua-dua penerima Anugerah ini merupakan rakan kerja atau rakan persatuan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Seperti Ahmad Walid, rakan persatuannya Ainur Arfah yang berjaya mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat global, Hewlett-Packard Enterprise sebaik menamatkan pengajiannya juga berpesan kepada para graduan untuk menghantar permohonan pekerjaan sebanyak yang mungkin dan senarai pendekkan syarikat atau bidang pekerjaan yang menjadi fokus utama minat graduan. Hal ini kerana, beliau percaya bahawa usaha itu merupakan tangga kejayaan.

kuis

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Nik Noor Fajarizura Nik Sinluddin yang dianugerahkan Anugerah Exco Kerajaan Selangor pula berkata rata-rata pelajar lain juga mempunyai kualiti masing-masing yang tersendiri.

“Perancangan masa depan pula, saya merancang akan sambung belajar dan mendirikan rumah tangga kalau dah sampai masanya nanti,” kata Nik Noor Fajarizura yang kini bekerja di sebuah firma audit percukaian di Kuala Lumpur.

kuis

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik Konvokesyen ke-19 KUIS, Afif Afnan, Ahmad Walid Shahbudin, Nik Noor Fajarizura, Nurthaqaffah Nordin, Ainur Arfah dan Nurdiana Safiah.

 

*Kredit gambar : Qashaf Production

 

 

 

Kembali ke Atas