5 Khasiat Penting Buah Delima Untuk Ibu Mengandung. Padat dan Ringkas!!

khasiat buah delima-01

Buah delima merupakan salah satu buah yang terkenal dengan khasiat yang
sangat baik untuk tubuh kita. Banyak khasiat buah delima terutamanya untuk
ibu mengandung.

khasiat buah delima 2-01

1# Membantu Peredaran Darah.

Buah delima mengandungi Phytochemical Compounds yang baik untuk jantung dan
mengurangkan tekanan darah tinggi yang merupakan berita baik jika anda
berada di peringkat akhir kehamilan atau menghidap darah tinggi ketika
hamil.

khasiat buah delima 3-01

2# Kaya Dengan Vitamin C.

Buah delima kaya dengan vitamin c. Apabila hamil badan anda memerlukan
banyak vitamin c sewaktu membesarkan anak dalam kandungan. Jadi buah delima
adalah pilihan yang baik! *kajian menunjukkan buah delima memberi kesan
positif ke atas kesihatan tulang sesuai untuk tumbesaran bayi.

khasiat-buah-delima-01

3# Kaya Dengan Antioksidan.

Buah delima mengandungi lebih banyak antioksidan daripada teh hijau dan
anggur. Antioksidan menstabilkan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan
sel tubuh.

khasiat-buah-delima-01

4# Baik Untuk Kulit.

Kebanyakkan produk penjagaan kulit mengandungi jus delima. Khasiat buah
delima membantu dalam melembabkan kulit, mengurangkan jerawat dan
menggalakkan pertumbuhan semula sel yang sihat.

 

 

khasiat-buah-delima--01

5# Merawat Keguguran Rambut

Mengambil buah/jus delima secara berkala boleh menguatkan
akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran
rambut dan memberikan rambut yang lebih sihat.

Buah atau Jus Delima tidak boleh diambil sekiranya:

Selsema, Batuk, Cirit Birit atau penyakit berkaitan.

Buah delima mempunyai anti-oksida yang merendahkan tekanan darah.
Sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor
tidak boleh mengambil jus/buah delima kerana akan menyebabkan
tekanan darah yang sangat rendah.

Buah/jus delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat. Terutamanya
ubat kolestrol.

Rujukan: www.woolworthsbabyandtoddlerclub.com.au

Kembali ke Atas