Terdapat banyak sebab mengapa dedaun pokok anda bertukar menjadi kuning. Di bawah adalah antara sebab yang paling biasa dan cara bagaimana anda boleh membantu memulihkan pokok tersebut.
1. Masalah serangga perosak
Tanda: Serangga perosak hidup dan memakan pada dedaun.
Cara merawat: Renjis pokok anda dengan minyak neem ataupun gunakan semburan pembunuh serangga perosak (cuba cari yang organik)
2. Terlebih siraman
Tanda: Dedaun tampak kuning dan layu
Cara merawat: Saliran air dalam tanah yang tidak elok boleh mengakibatkan pokok anda lemas. Tambah lagi jumlah tanah atau tanam semula pokok tersebut di tempat yang tinggi sedikit.
3. Tidak cukup cahaya matahari
Tanda: Dedaun tampak pucat dan lembik
Cara merawat: Jika tumbuhan anda tumbuh dalam pasu, alihkan sahaja posisinya. Jika tertanam dalam tanah, tanam semula di tempat yang lebih terbuka.
4. Dehidrasi
Tanda: Dedaun tampak kering dan rapuh apabila disentuh
Cara merawat: Pokok seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 1″ air setiap minggu. Jadi, pastikan anda menyiram mereka secara konsisten.