Resepi Tauhu Bergedil Dengan Sambal Kicap Sedap Boleh Buat Berniaga

Resepi Tauhu Bergedil

RESEPI TAUHU BERGEDIL DAGING
(Untuk 50pcs)

Bahan-bahan:

Tauhu kering size kecil 50pcs (isi dalam saya tak keluarkan ya)
Kentang 3kg dibuang kulit, dibelah 4, dibasuh bersih, gaul dgn garam, digoreng, toskan dan dilenyek panas2
Daging burger Ramly 6 keping (digoreng skjp jgn garing ye, lepas suam2 tu hancurkan daging tu jadi mcm daging hancur)
Secukup rasa Maggie (optional )
Minyak masak

Bahan Celup :
– Telur ayam 4 biji dipecahkan dan letakkan sedikit secukup rasa Maggie dalam secubit, lalu dikacau2.

Bahan Sambal Kicap :
Cili merah besar 10 tangkai dibuang tangkainya.
Cili api merah kecik 5 tangkai dibuang tangkainya (nak pedas boleh tambah)
Kicap lemak manis JALEN yg RM3.40 tu.
Gula pasir 3 sudu besar.
Sos cili KIMBALL 1 senduk.
Bawang putih 5 ulas
(Kalau nk sambal kicap sedap dan menjadi, ikut sahaja brand kicap dan sos yg saya gunakan di atas tu ya)

*Kisar kesemuanya bahan sambal kicap tersebut dan simpan dalam bekas yg sesuai.
(Nak masak boleh sambal kicap tu, tak nak masak pun boleh, ikut kesesuaian kita ya)
Pastikan sambal kicap kite pekat sbb nk bg sambal tu lekat pada tauhu bila cicah nanti

Dan sambal kicap ni jika kita simpan dlm peti ais bahagian chiller, tahan 3 bulan ye..simpan dlm bekas bertutup.

Cara-cara buat Tauhu Bergedil

1) Masukkan daging burger hancur tadi ke dalam kentang yg kita dah lenyekkan bagi sebati.

2) Ambil sebiji tauhu dan guntingkan bentuk X diatasnya..cara gunting tu cucuk ke dalam ya.
Barulah disumbatkan inti kentang dgn daging tadi ke dalam tauhu tu..sumbat penuh2 sampai rasa berat bila dilambung slow2 dan jaga2 jgn sampai terkoyak tauhu kita.
Ulang langkah tersebut hingga siap 50pcs tu ya.

3) Celupkan tauhu yg dah siap sumbat tu ke dalam bancuhan telur tadi. Telur tu letak secukup rasa ye bagi ada rasa sikit je..buh sikit je tau.
Bagi bancuhan telur kena keseluruhan permukaan tauhu.

4) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan tauhu yg bahagian kita sumbat tu pandang ke bawah. Kuali ika boleh goreng sekali goreng 30pcs.

Pastikan minyak masa kita goreng tu mesti sampai tenggelam 30pcs tauhu tu. Ikut size kuali boleh berapa biji utk goreng sekali jalan ye bagi cepat. Pastikan terbalikkan pulak tauhu tu ye, goreng sampai sedikit garing keemasan. Jgn sampai hangus.

5) Setelah siap digoreng, toskan dalam penapis stainless steel yg diletak atas mangkuk besar bagi minyak turun bawah.

6) Boleh susun dalam pinggan atau bekas yg sesuai jika untuk meniaga, dan taburkan daun sup/daun bawang hiris tadi bersama cili merah hiris.

7) Boleh dicicah dgn sambal kicap meletop tersebut..

 

Kredit Resepi : Puan Syafiqah Abd Razak ( MAHN) 

Kembali ke Atas