Tips Mengawal Pengunaan Gajet Di Kalangan Kanak-kanak #2 Paling Berkesan

Di zaman yang serba canggih ini gajet antara yang menarik perhatian si manja. Pengunaan gajet di kalangan kanak-kanak bukanlah mendatangkan kesan buruk sahaja. Malah ada antara rancangan ataupun permainan yang dapat meningkatkan kretiviti di kalangan mereka.

Tetapi tahukah ibu bapa. Pengunaan gajet seperti smartphone, computer dan tablet berlebihan boleh menyebabkan ketagihan yang melampau sehingga mereka kurang aktif dan pemikiran lambat matang dari segi sosial dan juga akademik.

Menurut kajian purata seorang kanak-kanak boleh menghabiskan masa bersama gajet ialah 3 hingga 7 jam sehari.

Tips Mengawal Pengunaan Gajet Di Kalangan Kanak-kanak.

 

kanak-kanak-dan-gadjet

1. Hadkan Masa Pengunaan

Letakkan had pengunaan pada gadjet seperti kurang dari 2 jam sehari dan galakan kanak-kanak bermain di sebelah petang supaya mereka lebih aktif. Ini kerana perkembangan otak kanak-kanak di tentukan oleh ransangan alam sekitar, permakanan dan aktiviti mereka.

 

 

kanak-kanak-dan-gadjet

2. Kurangkan Pengunaan Gadjet Di Hadapan Mereka

Pengaruh dari ibu bapa adalah yang paling utama menyebabkan mereka ketagih dengan pengunaan gajet. Kanak-kanak pada ketika ini mudah meniru perbuatan orang lain. Kerap ajar mereka membaca dan melakukan aktiviti harian seperti mewarna atau crafting ketika di rumah.

Kanak-kanak memerlukan sentuhan ibu bapa. Ada di antara ibu bapa yang memberi gajet supaya dapat mengalihkan perhatian mereka. Berikan mereka lebih perhatian kerana itu yang mereka perlukan.

 

 

kanak-kanak-dan-gadjet

3. Nasihat Dengan Baik

Berikan mereka masa untuk meninggalkan pengunaan gajet secara perlahan-lahan. Beritahu mereka kena bijak menguruskan masa bermain gadjet, belajar dan tidur. Sebagai contoh ” Akim jangan bermain gajet terlalu lama sebab nanti mata menjadi kabur dan gajet boleh rosak kalau terlalu kerap main. Akim mesti taknak mata kabur kan.

Tips Tambahan

Jangan charge battery sampai full.

Jangan terlalu kerap download game atau tunjuk cartoon baru. Tindakan ini akan lebih menyokong mereka bermain.

Jika mereka lupa tentang gajet jangan sesekali ingatkan. Ini antara petanda anak anda sudah boleh meningalkan permainan gajet.

 

 

 

 

Kembali ke Atas