Senaman Mudah Semasa Hamil

senaman

 

Wanita hamil disarankan supaya banyakkan berehat semasa hamil. Namum tahukah anda berehat terlalu banyak akan melemahkan badan. Bersenam semasa hamil dapat menguatkan otot dan antibodi badan anda. Selain itu otot-otot yang bergerak akan semakin kuat dan memudahkan semasa waktu bersalin.

Wanita hamil yang kerap bersenam akan lebih kuat dari segi fizikal dan mental juga menggalakkan jantung mengepam darah. Bersenam pada waktu siang membantu anda tidur lebih lena pada waktu malam.

Senaman ideal yang disarankan untuk wanita hamil ialah 3 kali dalam seminggu. Dan setiap senaman tidak boleh melibihi 30 minit. Jika lebih dari itu akan memudaratkan ibu mengandung dan juga kandungan.

Sebelum memulakan senaman. Ibu-ibu hamil perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Berjumpa dengan doktor untuk nasihat kesihatan dan kandungan sebelum mulakan senaman.

 

senaman

Antara Sebab-Sebab Anda Tidak Boleh Bersenam:

 

  • Pernah melahirkan bayi pramatang atau hampir keguguran sebelum ini.
  • Kandungan zat besi dalam darah anda sangat rendah anemia yang teruk.
  • Bayi kandungan kecil berbanding usia kehamilan.
  • Mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia.
  • Berat badan anda berlebihan atau terlalu kurang.
  • Mempunyai masalah berkaitan sendi atau otot.
  • Mempunyai masalah berkaitan jantung atau paru-paru.
  • Anda mengandung anak kembar dua, tiga atau lebih.
  • Mempunyai diabetes.
  • Kedudukan uri anda rendah (plasenta previa) selepas usia kehamilan anda 26 minggu.
  • Serviks lemah (juga dikenali sebagai ketidakcekapan pangkal rahim).
  • Anda sering mengalami pendarahan faraj.
  • Tekanan darah anda terlalu tinggi.

 

Senaman Mudah Seperti:senaman

Berjalan

Dengan berjalan kaki secara rutin akan melancarkan peredaran darah ke seluruh jaringan tubuh. Pilih taman-taman yang redup dan penuh dengan pokok-pokok. Selain dapat bersenam ibu hamil dapat menghirup udara segar yang diperlukan badan. Kawasan yang terdapat banyak pokok dan tumbuhan menghasilkan lebih banyak oksigen segar dan sihat.

 

senaman

Regangan

Lakukan regangan dari hujung kaki hingga kepala. Regangan mudah seperti mengankat tangan kiri seperti melambai dan kemudian tangan kanan ataupun sambil duduk cuba capai ibu jari kaki ataupun lutut. Lakukan secara perlahan-lahan dan jangan memaksa jika tidak boleh. Elakkan senaman yang berat seperti bermain badminton dan berbasikal.

 

senaman

Berkemas

Lakukan kerja rumah yang mudah dan tidak berat seperti menyapu sampah dan menyidai kain. Jangan lakukan kerja yang terlalu berat kerana boleh mendatangkan risiko pada wanita hamil dan juga kandungan.

 

senaman

Berenang

Berenang semasa hamil dapat membantu melancarkan sistem pernafasan dan menguatkan otot. Jika tidak pandai berenang. Menyelam atau berjalan di dalam kolam juga sudah memadai.

 

senaman

Berhenti Berseman Jika

  • Sakit pada sendi atau otot.
  • Pening atau sukar untuk bernafas.
  • Pendarahan faraj.
  • Badan terasa panas dan berpeluh terlalu banyak.
  • Keletihan yang melampau.

 

 

 

 

 

Kembali ke Atas