Bercuti Bersama Si Manja ? Jom Lihat Checklist Ringkas Buat Ibu Menyusu

Seronok tak bercuti bersama si manja yang masih kecil ?

Ataupun perlu tak tunggu si manja besar sedikit sampai dah tahu berjalan.

Perasaan nervous selalu berlaku apabila pertama kali melancong bersama si manja yang masih kecil. Tetapi mereka juga sama seperti kita. Perlukan masa rehat dan menghirup udara segar seperti bercuti di pantai-pantai indah sekitar malaysia. Percutian lebih mudah jika kita dapat menyediakan checklist dengan betul. Jom nikmati percutian bersama si manja !!

 

Ice Pack

templete-size-blog
Gambar : Autumnz
Ice Pack boleh bertahan sehingga 12 jam. Sesuai digunakan untuk menyimpan susu bagi si manja yang sudah boleh menyusu botol. Gunakan ice pack yang tidak mudah bocor dan diperbuat daripada plastik tebal kerana dapat menyimpan susu dengan lebih selamat dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

 

Cooler Beg

templete-size-blog
Gambar : Autumnz 

Cooler beg merupakan peralatan penyusuan susu paling penting. Bergantung pada ibu untuk memilih size beg sesuai dengan peralatan yang ingin disimpan seperti pam susu, pack susu dan botol.

 

Baju Menyusu

templete-size-blog
Gambar : Mumsluv Nursingwear

Bagi ibu-ibu yang lebih suka full breastfeeding. Pemilihan baju menyusu adalah penting. Pilih yang selesa, mudah dan selamat untuk penyusuan. Pilihan baju menyusu yang berfesyen sekarang banyak di pasaran. Siapa sangka wanita sedang menyusupun boleh bergaya.

 

Babycarrier/Babywearing

templete-size-blog
Gambar: Babywearing by Babyultra

Babycarrier dan babycarrier memudahkan lagi perjalanan mommies. Pilih babycarrier yang selesa untuk mommies dan juga si manja. Selain keselamatan si manja terjamin mommies dapat berkongsi kegembiraan sewaktu travel dengan lebih rapat bersama si manja.

 

Bantal Menyusu

templete-size-blog

Memudahkan penyusuan samada menyusu badan atau botol. Membantu memberikan keselesaan kepada ibu bapa untuk menyusukan si manja dan meletakkan si manja dalam posisi yang betul ketika menyusu sekaligus dapat mengurangkan kesakitan dan stress dibahagian belakang,leher dan juga bahu. Sangat disyorkan pada ibu yang melahirkan anak pertama.

Jangan lupa juga mommies barang-barang asas seperti losyen, pampers, dan juga mainan yang si manja suka.

 

Suka dengan artikal kami, Like Pamapedia di facebook !

Artikel Berkaitan :

5 Cara Mudah Menyimpan Susu Ibu Dengan Betul

Khasiat Susu Ibu Untuk Si Manja

11 Kriteria Pemilihan Pam Susu Atau Breastpump Yang Anda Harus Baca. #3 Paling Utama

Tips Sihat Menambah Susu Badan Dengan Pantas

Risaukan Bayi Tak Cukup Susu? Jadual Ini Boleh Membantu Ibu Yang Baru Bersalin

Kembali ke Atas