12 Permainan Zaman Kanak-Kanak Dahulu Yang Paling Popular. Jom Ajarkan Pada Anak Kita

 

Galah Panjang

Permainan ini dimainkan di luar rumah yang dilakar di atas tanah kosong seakan bentuk gelanggang. Terdapat dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan.

mainan-traditional

Teng-teng

Ia ialah permainan yang sering dimainkan oleh lelaki dan perempuan terutamanya kanak-kanak perempuan yang melompat dari satu kotak ke kotak-kotak yang lain dimana terdiri daripada sembilan kotak.

teng-teng

Congkak

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji guli dan lain2.

congkak

Gasing

Ia merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai.

gasing

Wau / Layang-layang

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, ia dikenali juga sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai Barat Semenanjung.

layang-layang-wau

Baling Selipar / Tin

Permainan baling selipar atau susun selipar merupakan sejenis permainan yang sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar.

baling-tin-selipar

Konda-kondi

Konda-kondi memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan.

konda-kondi

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan batu sambut. Selalunya kanak-kanak perempuan yang gemar main permainan ini secara individu atau berkumpulan.

batu-seremban

Bot Kertas

Bot yang dibuat mengunakan kertas. Kebaisaan dimain di dalam kolam. Atau pun dalam besen air masa tengah mandi.

bot-kertas

Payung Terjun Plastik

Dibuat mengunakan plastik kedai runcit. Cuma mengunakan tali benang dan pemberat seperti penutup botol.

payung-terjun-plastik

Permainan Tudung Botol Atau Ceper

Permainan ini lebih kurang batu seremban cuma selalu di maikan oleh kaum lelaki. Tujuan utama permainan ialah mendapatkan point melalui menimbang dan tuju tudung botol itu.

main-penutup-botol

Main Guli

Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Syarat bermain ialah meletakan guli masing-masing. Pemain yang menang mendapat guli pihak lawan.

main-guli

Kembali ke Atas