Jangan Buang Kulit Limau! Gunakan Semula Secara D.I.Y
1) Halau Kucing Dari Merosakan Tanaman
Ada sesetengah kucing ni memang suka sangat berak dan kencing dekat tanaman depan rumah. Tak sempat nak halau, dia dah tinggalkan kesan.Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan mengambil hirisan kulit limau dan letakkan di sekitar kawasan tanaman. bau yang kuat ini akan mengelakkan kucing dari terus berada di situ.
2) Jadikan lilin
Apa yang anda perlukan ialah dengan mengupas kulit limau , pisau, minyak sayur, dan lighter.
3) D.I.Y Pewangi rumah
Rebuskan beberapa keping kulit limau yang telah dipotong untuk beberapa minit dan kemudian campurkan sedikit cinnamon atau mint untuk menguatkan lagi bau. Masukkan di dalam jar kaca atau bekas terbuka dan letakkan di dapur, bilik air dan bilik tidur anda. Bau ini amat menyegarkan!
4) Melegakan Kepala
Gosokkan beberapa kulit limau pada dahi dan cuba hidu bau kulit limau itu, anda akan rasa kesegarannya. Walaupun pening tidak hilang sepenuhnya tapi mungkin boleh membantu anda mengurangkannya.
5) Hilangkan bau kasut
Letakkan beberapa keping kulit limau di dalam kasut yang berbau selama 24 jam dan biarkan bau kurang enak di serap oleh kulit limau dan menggantikan bau limau yang sebenanrnya.
Sumber : IMPIANA