Meleraikan Anak Kecil Yang Bergaduh Dan Menjerit. Ibu Ini Memberikan Denda Yang Manis Untuk Dikenang Bila Besar Nanti

Bila anak bergaduh. Apa yang saya buat ??

bila anak bergaduh

1. Panggil Nama Dengan Lembut

Saya cuba tegur dengan hanya memanggil nama ” Kakak”, “Abang”. Ianya sebagai amaran awal supaya mereka bersurai atau tidak melarat.

2. Jeritan Usah Dibalas Dengan Jeritan

Apabila anak sedang menjerit antara satu sama lain, usahlah kita sebagai ibu menambah dengan juga menjerit pada mereka. Jeritan vs jeritan hanya membingitkan keadaan dan tidak menyelesaikan masalah. Pada masa inilah syaitan akan seronok sebab boleh masuk dengan mudah untuk menyuruh kita memukul-mukul anak.

3. Pukul Kerana Allah Bukan Kerana Amarah

Sekiranya kesalahan anak-anak adalah berat serta dirasakan wajar untuk dipukul sedikit sebagai pengajaran, maka pukullah kerana Allah dan dengan niat mendidik. Besar beza pukul mahu mendidik dengan pukulan marah dan mendera. Marah dan pukul kerana Allah itulah yang akan melentur peribadi anak-anak.  Marah dan pukul kerana emosi dan ego sendiri itu hanya akan membuatkan anak-anak semakin keras serta bertambah jauh dari ibubapanya sendiri.  Na’uzubillah.

4. Alih Perhatian Anak

Alihkan perhatian anak-anak yang sedang bergaduh dengan perkara lain yang menjadi kegemaran mereka. ” Eh, siapa nak tolong mama masak kek coklat?” ” Wah, Dora The Explorer dah start la Aiman, Sofea, jom tengok ”

5. Adil Bila Marah Dan Tegur Semua Anak.

Anak-anak kecil seperti span, cepat menyerap apa yang kita sebut dan buat. Meskipun yang terang salah hanya seorang, yang lain juga bersalah apabila turut sama bergaduh. Jadi, tegurlah kesemua anak. “Aiman tak baik koyakkan buku kakak” ” Kakak Sofea, buku perlu simpan kemas-kemas”. Ini agar anak tidak merasa jauh hati apabila hanya dia yang salah, hanya dia yang dimarahi. Bimbang timbul dendam sesama mereka.

20131221_184114

6. Untuk 1 Kemarahan Balas Dengan 10 Pelukan Atau Pujian

Kita sebagai manusia biasa yang tidak sempurna. Ada masa bila kita terlalu penat, memanglah mudah untuk terkeluar juga bebelan serta tinggi suara pada anak. Untuk satu kali marah, pujuklah dengan kata-kata manis, peluklah selalu. Seringkali jadi begini apabila suami saya memarahi kakak sulung yang main-main semasa mengaji Iqra’, selepas mengaji si kakak pasti akan merajuk. Suami akan segera memeluk dan menerangkan mengapa perlu baca iqra’ baik-baik.

7. Doa Sebelum Tidur

Sebelum tidur adalah waktu anak paling tenang dan lembut hatinya. Peluk sambil berdoa dengan menyebut spesifik nama anak serta sebutlah doa dengan jelas, contohnya :  “Ya Allah berikanlah anakkku Aiman, Sofea berkawan baik, pandai berkongsi barang mainan, rajin solat”

8. Denda Yang Manis-manis

Pernah anak bergaduh dalam kereta, saya minta mereka berpegangan tangan sehingga sampai ke destinasi. Mulanya, semua muka monyok dan masam, selepas itu mereka akan gelak-gelak dan kembali bermain bersama.

Denda lain yang pernah dibuat adalah minta saling salam dan berpelukan. Pada mulanya agak sukar, namun lama-kelamaan dengan adik baby juga mereka mahu peluk dan salam sambil cium tangan.

Semoga bermanfaat!

LIKE Pamapedia di SINI 

Kembali ke Atas