Hargai Si Manja Anda
Kita sering terdengar keluhan si isteri, dialah yang paling banyak berkorban dalam rumahtangga.
Tidak kurang juga si suami, ada yang mengeluh panjang kerana perlu berkorban banyak perkara.
Tetapi sebenarnya anak-anaklah yang paling banyak berkorban!
Setiap hari, mereka lepaskan ibu dan bapa pergi. Tinggallah mereka sendiri, mencorak hidup tanpa pedoman hakiki.
Sedar-sedar mereka sudah tahu berdikari! Malangnya lagi, bila mereka tersilap mengecilkan hati, mereka di marah bagai tiada keampunan lagi.
Hari ini, buat pertama kali, mohonlah maaf dari mereka.
Bisikkan ke telinga mereka “sayang akan faham segalanya suatu hari nanti.”