5 Idea Sarapan Pagi Ringkas Buat Anak Ke Sekolah

5 Idea sarapan pagi ringkas buat anak ke sekolah

 

Jom kongsi IDEA sarapan pagi ringkas untuk anak ke sekolah.

1. Roti dan butter / jam

Kegemaran ramai anak-anak roti + nutella.

nutella

2. Nasi goreng Planta

Nasi goreng dengan telur yang dipecahkan. Nampak ringkas namun dapat membangkitkan selera anak-anak. Goreng dengan planta/ marjerin dan potongan sosej atau udang. Pecahkan telur dan gaul rata sebelum diangkat. Aroma nasi goreng dengan planta sememangnya membangkitkan selera. Anda boleh menyediakan hirisan sayur dan masak nasi atau simpan lebihan nasi pada sebelah malam.

nasi planta

photo credit to : mamaibu.blogspot

 

 

3. Sosej Roll

Hanya gunakan roti keping (popularnya guna Gardenia), lenyek sehingga leper. Rebuskan sosej kegemaran anak-anak. Untuk lebih jimat belah dua. Jadi 1 sosej = 2 keping roti. Gulungkan kemas dan lekatkan dengan setengah sudu tepung gandum yang dipekatkan sebagai gam. Boleh buat di hujung minggu dan simpan di peti sejuk untuk 2-3 hari. Goreng hingga keemasan. Wow…pasti anak mahu bawa ini sebagai bekal ke sekolah. Boleh juga ditukar dengan inti sardine sekiranya anak menggemarinya.

photo credit to : potretkasih.com

photo credit to : potretkasih.com

4. Bijirin sarapan + susu

Sarapan mudah dan pasti enak. Yang penting ianya berkhasiat serta anak-anak suka untuk makan.

cereal

5. Pancake + maple syrup / madu / buah-buahan potong

Jika malas mahu membancuh adunan pancake sendiri, beli sahaja yang segera. Mudah serta mengenyangkan.

pancake

 

Masakan ringkas ikhlas dari hati seorang ibu, pasti membuatkan anak-anak tambah bersemangat untuk ke sekolah.

Kembali ke Atas