Khasiat Susu Ibu Untuk Si Manja
Nutrient
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk si manja anda dan kandungannya juga berubah mengikut keperluan si manja yang sedang membesar. Ini bermaksud si manja mendapat nutrien yang cukup untuk tumbesaran.
Antibody
Susu ibu mengandungi kolostrum yang menguatkan sistem imuniti si manja anda. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
Perkembangan Otak
Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan si manja.
Selamat
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. Juga mudah dan cepat untuk disediakan berbanding susu botol yang memerlukan kita membasuh botol dan menyediakan susu juga mengambil masa.
Hubungan
Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan si manja.
Mencegah
Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko si manja mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.