Ibu 3 Anak Ini Berkongsi Cerita Melancong Ke Jepun Dan Tokyo Disneyland. #Seronok Sungguh
Puan Eita Bari berkongsi cerita jalan-jalan Jepun bersama suami dan 3 anaknya. Ini perkongsian beliau dengan Tim Pamapedia melalui akaun facebook miliknya.
Puan Eita Bari : Ramai yang bertanya jadi diharapkan catatan ringkas ini dapat memberi sedikit idea kepada kawan-kawan yang merancang untuk ke Jepun nanti.
Pengalaman travel ke Jepun bersama anak-anak:
1. Destinasi Jalan-jalan
Percutian kami sekeluarga ke Japan selama 10 hari bermula (17 March sehingga 26 March 2015)
Hari Pertama: Traveling day (KUL –KIX) 3:45pm
Penerbangan lebih 6 jam menggunakan Air Asia.
Destinasi yang kami pergi sekitar Osaka (covered by Osaka 2 days Amazing pass) JPY2000 setiap seorang. Banyak tourist attraction yang boleh dilawati menggunakan pass ini termasuk subway train’s fare.
Contoh tempat-tempat yang covered by this pass ialah lawatan ke dalam Osaka Castle dan taman-taman, Tempozan ferris wheel, 1 jam Santa Maria Cruise, pegi ke USJ menaiki Captain Line. Discount masuk ke beberapa tempat perlancongan lain sekitar Osaka contohnya Kaiyukan Akuarium Osaka.
Hari ke 4 – Tempat Bersejarah
Trip menggunakan JR pass Lawatan ke tempat bersejarah Hiroshima. Sampai di stesen Hiroshima menggunakan shinkansen dan sightseeing bas (FOC kepada pemegang JR pass) ke tapak pengeboman bom atom, Atomic Bomb Dome.
Hari ke-5: Travel ke Tokyo
Travel ke Tokyo (plan asal ingin melawat Kyoto. Bagaimanapun terpaksa batal sebab sukar mendapatkan coin locker untuk simpan luggage besar pada hujung minggu.) Kyoto juga merupakan tempat yang ramai pelancong.
Hari ke-6 – Ueno Zoo & Ueno Park
HRC, Ueno Park, Ueno Zoo (tempat sangat menarik bersama anak-anak. Tiket dewasa JPY600 dan kanak-kanak 12 tahun percuma) dan Akihabara Electric Town (banyak gajet terkini tapi kami Cuma cari Gundam).
Hari ke-7: Disneyland (the most excited place for kids)
Hari ke-8: Asakusa
Asakusa, Tokyo Skytree Tower, Tokyo Somachi (mall untuk membeli-belah cenderamata) dan HRC Roponggi.
Hari ke-9: Nippori Textile Town
Nippori Textile Town, HRC Yokohama dan Shibuya famous crossing. Dinner di restoran halal. (sedap menu masakan jepun di sini)
Hari ke-10: Check out day
Last trip ke Akihabara dan Ueno Park (Melihat sakura lagi). Terus ke Haneda menaiki Tokyo monorail. Travel balik ke KL.
2. Mudah Tak Dapatkan Makanan Halal?
Restaurant makanan halal masih kurang dan agak leceh dicari. Memandangkan kami bersama anak-anak so all the food perlu on the go. Alternatif yang saya ada ialah sediakan bekalan makanan di apartment sebelum keluar berjalan. Dan saya juga telah menyediakan lauk-pauk frozen sebelum bertolak ke Jepun. Dan makanan dalam pek seperti Brahim’s, sambal bilis dan ikan bilis goreng.
Walau bagaimana pun untuk mencuba masakan Jepun sebenar masih boleh didapati di restoran halal sekitar Osaka dan Tokyo. Kami cuma berkesempatan makan malam di Hanasaka Ji-San, Shibuya. Banyak juga kedai-kedai seperti 7Eleven, Family Mart dan Lawson untuk membeli buah-buahan, nasi, potato chip dan mencuba Onigiri Tuna dan Udang.
3. Tempat penginapan
Tempat penginapan saya pilih Air BnB yang meyediakan kelengkapan dapur memasak, rice cooker dan washing machine. Kebanyakan hotel percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Memandangkan kami berlima dan anak perempuan saya berumur 4 tahun saya pilih apartment yang sesuai untuk 4 orang dan saya hubungi host Rumah tersebut sebelum membuat tempahan bilik. Saya bertanya sendiri dan setelah berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan baru lah tempahan dan bayaran dibuat.
4. Bagaimana anak-anak ?
Anak-anak saya sukakan gajet. Persediaan sebelum travel suami uruskan dengan PSP game dan movie kegemaran mereka sepanjang penerbangan lebih 6 jam menggunakan Air Asia. Kami juga sediakan titbits kegemaran mereka seperti lollipop, kismis pack kecil dan candy, biskut kegemaran mereka dan mamee.
Sepanjang travel kami saya juga sediakan supplement multivitamin dan vitamin C memandangkan cuaca sangat sejuk Vit C adalah sangat diperlukan dalam percutian kami. Saya juga sediakan instant camera untuk anak-anak gunakan semasa percutian kali ini di mana setiap seorang boleh mengambil gambar yang mereka suka di tempat-tempat yang dilawati dan saya juga sediakan buku sketch book sebagai journal percutian mereka kali ini. Jangan lupa sediakan juga losyen sebab di sana cuaca sejuk dan berangin menyebabkan kulit mudah kering.
5. Disneyland berbaloi ke pergi ?
Sejak dari awal kami memilih untuk menghabiskan sepanjang hari di Disneyland (Tiket dibeli secara online lebih murah) jadi pada pendapat saya, Disneyland adalah tempat yang patut dikunjungi oleh kanak-kanak di Tokyo ni. Elak kan pergi pada hari cuti umum dan hari minggu.
Dan rancang lah ride anda sebelum masuk. Orang Jepun jenis yang sabar menunggu dan sanggup beratur selama 1 ke 2 jam untuk naik setiap ride. Kanak-kanak agak bosan menunggu tetapi disebabkan cuaca yang sejuk dan bekalan makanan yang cukup InsyaAllah anak-anak jadi more excited untuk mencuba beberapa ride yang ada. Jangan lupa pada petang hari ada parade dengan semua Disney character. Ini lah masa yang paling dinanti anak-anak.
6. Apa persediaan lain?
Persediaan sebelum travel banyak mengumpul maklumat-maklumat destinasi dari official website dan juga blog-blog. Ambil kesempatan untuk pergi ke Matta Fair untuk dapatkan kan pamplet dan peta2 tempat-tempat yang ingin dilawati.
Menyediakan itenarary terlebih dahulu untuk merancang perjalanan dan perbelanjaan. Dari segi pakaian tak perlu bawa banyak tapi perlu sediakan payung lipat kerana Jepun kerap hujan dan ramalan cuaca nya agak tepat. Jaket tebal perlu sediakan 2 pasang supaya lebih selesa.
Terima kasih
MM
Terima kasih Puan Eita dan keluarga.
Ada yang mahu berkongsi cerita dan tips melancong bersama kami? Boleh emailkan ke pamapedia@gmail.com
LIKE Pamapedia DI SINI