Apa Yang Boleh Ibu Buat Bila Anak Speech Delay Dan Lambat Bercakap?

Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat Bercakap Di Rumah

Buat ibubapa yang ingin merangsang anak bertutur, sebaiknya anda perlu ketahui tahap komunikasi mereka terlebih dahulu.  Untuk tujuan tersebut, saya cadang dapatkanlah nasihat dari pakar di hospital atau mana-mana SLT (Speech Language Therapist) terdekat.

Walau bagaimanapun merangsang anak bercakap adalah satu kemestian, tidak kira apapun tahap kebolehan komunikasi mereka mahupun umur. Sekiranya anak anda hanya boleh sebut sepatah perkataan sahaja. Rangsang mereka  membina ayat pendek terlebih dahulu seperti 2 patah atau 3 patah perkataan. Begitu juga jika mereka hanya boleh memberi bahasa badan(body gesture) atau pointing; rangsanglah mereka untuk mengenali dan menyebut satu persatu perkataan. Jangan gelojoh dan memaksa mereka.

anak lambat bercakap1

Teknik 4S ini insyaAllah boleh membantu ibubapa merangsang bahasa anak sekiranya anak anda seperti di atas. Mahupun begitu teknik ini mesti diaplikasikan bersama teknik asas  komunikasi yang pernah saya kongsikan dahulu.

1) SAY LESS / SIMPLE
Gunakan perkataan yang pendek, mudah apabila bercakap dengan anak. Perkataan tunggal mudah difaham dan diingat oleh anak. Juga mereka boleh mudah meniru perkataan itu dalam kadar yang singkat.

Contoh :
SALAH – “Sofia kena pakai kasut ni sebab dah nak pergi sekolah ni, mama nak cepat.”
BETUL –“Sofea pakai kasut” tunjuk ke arah kasut dan setelah kasut dipakai, katakan pula“Jom pergi sekolah”

2) STRESS THE WORDS 
Tekankan perkataan yang ingin dicakap. Contoh, ‘Air  ni panas’. Perkataan yang perlu ditekankan ialah ‘Air’ dan ‘Panas’. Supaya anak kita juga mampu mengenali situasi panas dan menggabungkan perkataan. Jadi untuk kedua perkataan itu, kita perlu tekankan lebih sikit untuk dapatkan perhatian anak. Gunakan suara yang jelas dan sedikit kuat untuk nyatakan penekanan di situ.

3) Go SLOW
Kurangkan kecepatan perkataan kita apabila bercakap dengan mereka untuk beri mereka masa untuk faham apa yang kita cakap.

Contohnya; perkataan ‘buka’, kita boleh cakap dalam kadar yang perlahan : “bu-u-ka”. Kita boleh pause juga perkataan itu untuk bagi dia mencuba untuk menyambungnya. Selalunya, interaksi menyanyi lagu seperti ‘twinkle-twinkle little star’ atau ‘insy winsy spider’ adalah lagu yang baik untuk perkembangan bahasa anak.
Contoh : “Twinkle twinkle little ….. (pause) s-tar !”

4) SHOW
Anak lebih mudah belajar bercakap apabila mereka nampak apa yang mereka tengah cakapkan. Buku, alatan permainan bertindak sebagai ‘visual helper’ pada anak untuk mereka bercakap ikut situasi yang mereka nampak.

Visual helper seperti pointing, body gesture membantu anak untuk kaitkan antara perkataan yang kita cakap dan pemahaman mereka. Mereka perlu faham dahulu sebelum boleh bercakap apa yang mereka ingin katakana.

Tolong elakkan aktiviti yang ‘memaksa’ mereka untuk menghafal seperti dalam kebanyakkanapps di tablet/hp.
Contoh situasi : Letakkan losyen di tangan anak dan juga di tangan anda. kemudian sapu rata  dikedua belah tangan sambil berkata “Sapu…” Lakukan ia dengan tunjukkan demotrasi supaya anak anda mengenali perkataan dan tindakan sapu. Kita tidak mahu mereka mengahafal tetapi juga faham.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dipraktikkan oleh ibubapa di rumah.

Teacher Ayu 

Excel Speech Program di Excel Qhalif

Untuk pertanyaan lanjut tentang Excel Speech Program
boleh hubungi Teacher Ayu 019-669 2284 (SMS atau WA sahaja)

Kembali ke Atas