Ibu Ini Melancong Ke Korea Selatan Bersama Anak-anak Tanpa Menggunakan Travel Agen. Seronoknya !
Catatan ini adalah perkongsian salah seorang pembaca Pamapedia, Puan Syarfiza Abd Wahab Shaarani dari Semenyih.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan rujukan buat ibu-bapa yang masih lagi risau bila mahu melancong ke luar negara bersama anak-anak kecil.
Percutian awal musim luruh ke Korea Selatan selama 7 hari ( 20 September 2015 hingga 26 September 2015) bersama suami serta dua anak saya 3 tahun dan 1 tahun.
Hari 1 – Perjalanan (KUL-ICN)
Kami menaiki Malaysia Airline. Flight jam 11.30 pm dari KUL
Hari 2 – Arrival at Incheon International Airport, Check in apartment dan Itaewon
Tiba di Incheon International Airport lebih kurang jam 7.30 am waktu Korea Selatan. Kami menaiki Airport Limousine ( Bas airport) menuju ke Anguk Station yang terletak di Jongno, Seoul. Kami menggunakan khidmat Airbnb untuk mencari apartment untuk disewa. Kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan airbnb yang sangat mudah serta tuan rumah kami Sunny yang sangat baik dan banyak membantu. Apartment yang disewa adalah studio apartment yang lengkap dengan dapur, mesin basuh, mesin pengering dan semua keperluan asas. Apartment kami yang terletak di tengah Bandar Seoul dan stesen subway yang terletak di bawah bangunan apartment sangat memudahkan kami untuk pergi ke mana sahaja. Setelah selesai check in kami menuju ke Itaewon untuk makan di restoran halal serta melawat masjid di sana.
Menaiki Subway sebagai pengangungkatan utama di Korea
Masjid di Itaewon
Hari 3 – Pulau Nami
Awal pagi lagi kami telah bertolak dari rumah untuk ke Pulau Nami dengan menaiki subway dan ITX train. Tiket ITX kami telah beli secara online semasa di Malaysia.
Pulau Nami terletak di Gapyeong. Gapyeong adalah kawasan perkampungan yang sangat indah dan dikelilingi dengan bukit bukau. Walaupun mentari agak terik tetapi angin yang dingin dan nyaman sangat menyenangkan jiwa.
Kami menaiki feri ke Pulau Nami. Pulau Nami sangat terkenal dengan drama Winter Sonata. Pulau ini ternyata sangat indah seindah dalam drama tersebut. Alhamdullillah dapat menjejakkan kaki disini. Disini juga terdapat surau dan restoran halal.
Pemandangan di Pulau Nami
Hari 4 – Namsangol Hanok Village, Namsan Park dan Pasar Namdaemun
Seperti biasa kenderaan utama kami adalah subway dan kami menuju ke Namsangol Hanok Village iaitu kampung tradisional Korea. Landskap di taman ini juga sangat cantik.
Dengan bantuan seorang lelaki Korea kami menaiki teksi menuju ke Namsan Park. Kami terus menaiki kereta kabel untuk naik ke atas bukit. Di sebabkan kami travel bersama anak-anak kecil tak dapat la kami nak berjalan kaki mendaki bukit di namsan park.
Kemudian kami pergi membeli belah di pasar Namdaemun. Barang yang dibeli pastinya cenderamata, t-shirt dan brooch. Di sini juga ada menjual kuih Tarae iaitu kuih tradisional Korea yang halal.
Bergambar kenangan di Namsan Park dan Namsangol Hanok Village.
Hari 5 – Everland
Everland adalah sebuah taman tema yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ibu dan abah juga sangat terhibur dan seronok di Everland.
Seperti biasa kami menaiki subway dan bas. Kebetulan kami terjumpa pelajar-pelajar Malaysia semasa menaiki bas ke Everland. Orang Korea sangat bersopan dan sentiasa memberikan tempat duduk kepada saya yang mengendong anak dan anak lelaki saya yang berusia 3 tahun.
Di Everland landskap dan bangunannya sangat cantik dan menarik. Di sini juga terdapat surau..syukur sangat.
Hari 6 – Istana Gyeungbokgung, Chonggye Stream dan Insadong
Sesampai kami di Station subway Gyeungbokgung, sudah kedengaran bunyi muzik dari istana. Acara pertukaran penjaga istana sedang berlangsung.
Wah!!! Sangat menarik ..rasa macam dalam drama klasik Korea. Istana ini sangat besar dan terdapat pelbagai jenis rekabentuk istana dan bangunan pentadbiran zaman raja di Korea dulu.
Selepas itu kami menuju ke Chonggye Stream iaitu sebuah sungai yang terletak di tengah bandaraya Seoul. Sungainya yang sangat bersih dan landskap yang indah di tiup pula dengan angin dingin musim luruh membuatkan kami tak mahu pulang.
Pada sebelah petang pula kami ke Insadong yang jaraknya hanya 5 minit berjalan kaki dari apartment kami. Disini seperti Pasar Seni di KL. Terdapat jualan cenderahati serta kraftangan tradisional Korea.
Hari 7 – Check out, Incheon Airport
Pada tengah hari kami check-out dan terus menuju ke airport dengan menaiki bas airport. Di Incheon Airport terdapat surau tetapi tiada makanan halal dijual. Kami hanya makan salad buah untuk makan tengah hari. Jam 4.30 petang waktu Korea kami pulang ke KUL dengan menaiki Korean Air.
Kami sangat suka travel bersama anak-anak tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan kerana tidak terikat dengan masa dan sesiapa. Walaupun letih dan mencabar tetapi kepuasan yang diperolehi sangat berbaloi.
Tips travel dengan anak kecil.
1. Pastikan menggunakan stroller yang kecil dan ringan. Ini adalah sangat penting sekiranya memilih kenderaan awam untuk berjalan-jalan di Seoul.
2. Baby carier juga sangat membantu. Anak saya tidur je dalam baby carier.
3. Pastikan merancang perjalanan dengan baik supaya tidak tersesat teruk dan ini akan memberi kesan kepada anak-anak.
4. Makanan ringan seperti biskut dan coklat sentiasa dibawa. Bekalan makan pun bawa sendiri kerana tiada restoran halal di sesetengah tempat. Coklat untuk tenaga ibu bapa membawa anak-anak kecil yang pelbagai kerenah. Vitamin juga penting untuk menjaga kesihatan disana nanti.
5. Sentiasa menjaga mood anak-anak supaya tidak meragam.
6. Kami menaiki Flight yang terdapat tv kerana anak-anak akan duduk diam menonton kartun sepanjang penerbangan.
7. Sekiranya anak menangis semasa take off dan landing, berikan anak minum air atau susu supaya telinganya tidak tersumbat dan sakit semasa perubahan tekanan udara.
8. Sediakan aktiviti seperti membaca dan mewarna untuk anak-anak semasa penerbangan.
9. Korean Air ada menyediakan kit untuk aktiviti anak-anak manakala Malaysia Airline tidak ada.
LIKE Pamapedia DI SINI
Ingin berkongsi pengalaman Travel bersama keluarga?? emailkan cerita anda ke pamapedia@gmail.com