10 Penipuan Yang Dibuat Ketika Hamil Anda Mungkin Tidak Menyedarinya

10-penipuan-di-buat-ketika-hamil---Copy

“Eh, awak mengandung lagi ke? Nampak letih dan pucat saja?”

“Baby girl ke boy??”

Respon dan penerimaan setiap pasangan suami isteri atau wanita yang hamil ada masanya berbeza dengan apa yang dirasai. Percayalah, adakalanya jawapan yang diberikan tidak jujur. Ada yang cuba anda selindungkan atas pelbagai alasan seperti :

1. Eh, Saya Tidak Hamil!

Tidak semua wanita teruja untuk berkongsi berita kehamilan mereka. Atas pelbagai sebab peribadi, ada ibu merahsiakan kehamilan. Antaranya, masih terlalu awal untuk berkongsi dan bimbang dengan komplikasi awal. Ada juga ibu hamil yang mempunyai sejarah lampau keguguran, mereka mahu kandungan benar-benar kuat dan sihat barulah akan berkongsi berita gembira ini.

2. Oh, saya tak kisah lelaki atau perempuan. Saya terima sahaja.

Ya betul, kita mengutamakan bayi yang sihat dan kuat namun jauh di sudut hati kita mahukan jantina tertentu setiap kali hamil. Contohnya ada pasangan yang mahukan anak pertama lelaki, kedua perempuan atau sebaliknya.

3. Berat saya tidak naik.

Meskipun sedang berbadan dua, ada juga ibu hamil yang tidak gemar ditegur mengenai kenaikan berat badan. Kebanyakannya lebih selesa mengatakan berat tidaklah naik sangat.

4. Saya memang menanti-nantikan kehamilan ini.

Bersyukur atas setiap kehamilan, ianya tanda kita meraikan serta berlapang dada dengan anugerah ini. Terdapat ramai pasangan yang tidak dikurniakan cahayamata.Tidak dapat dinafikan ada juga pasangan yang terkejut dengan kehadiran orang baru. Barangkali masih belum bersedia untuk hamil lagi sedangkan anak-anak masih kecil atau kehamilan yang lepas adalah melalui pembedahan justeru bimbang akan kesihatan diri.

5. Saya suka dan teruja dengan hadiah-hadiah untuk bayi

Tidak semuanya menjadi kegemaran, apatah lagi jika hadiah tersebut sudah terlalu banyak diterima.

6. Kami masih belum ada nama untuk bayi

Soalan apa nama mahu diberi pada bayi begitu popular. Ada yang tidak berkongsi bimbang nama yang sedap dan manis itu di ambil orang pula. Oh ada kah begitu??

7. Saya dan suami amat teruja dan bersemangat dengan kehamilan ini.

Ya kadangkala ini betul. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kehamilan adalah suatu tempoh yang memenatkan, cepat terasa letih dan emosi mudah terganggu. Malahan bagi yang hamil dengan kehadiran anak-anak masih kecil, ianya menuntut kesabaran yang tinggi. Ada juga yang gusar memikirkan bagaimana ingin mengasuh serta mendapat penjaga bayi apabila mahu masuk bekerja nanti.

Apa jua di dalam fikiran, hadapinya dengan tenang. Anggaplah soalan serta cadangan rakan dan keluarga sebagai satu tanda mereka mengambil berat. Mendengar tidak semestinya bersetuju bukan.

Kembali ke Atas