4 Tips Untuk Anak Kecil Kekal Cerdas
Saya ingin kongsikan beberapa tips yang diajarkan kepada saya oleh guru-guru saya tentang meningkatkan kecerdasan anak kecil. Kenapa anak kecil? Kerana ketika ini otak mereka sangat aktif dalam memproses maklumat. Otak mereka sangat memerlukan perkara baru. Ketika dirangsang dengan aktif, otak mereka membina jaringan dan ini meningkatkan kecerdasan.
Jaringan yang meluas ini mampu mempengaruhi cara mereka berfikir ketika membesar. Namun, jika diabaikan, ia boleh memberi kesan kepada bentuk otak kerana tiada jaringan. Dan menurut sebahagian pakar psikologi, ia boleh mengakibatkan “lembab”.
Jadi manfaatkan waktu emas mereka ini
1. IMAGINASI
Untuk anak kecil mempunyai otak yang cerdas, maka mesti dibina imaginasi mereka. Dengan berimaginasi dan memikirkan sesuatu maka otak mereka berjalan dengan pantas. Cara menggalakkan mereka berimaginasi ?
Biarkan mereka banyak bermain dan bacakan buku yang bermanfaat untuk mereka sebelum mereka tidur.
2. PENGULANGAN
Anak kecil ibarat mesin rakaman, jika tidak dibimbing, kemungkinan besar mereka akan “merakam” semua perkara. Tahu apa yang dirakam ? Mereka merakam sesuatu yang kerap diulang. Semakin banyak, semakin kuat melekat. Semakin kuat dan banyak yang diingat, semakin luas jaringan sel otak. Namun menjadi peringatan kepada ibu bapa bahawa “hati-hati dalam mengulangi sesuatu di depan anak anda.”
3. BERDIKARI
Apabila anak kecil anda menjangkau 2-3 tahun, sekali sekala ajarkan mereka melakukan kerja ringan dengan cara mereka sendiri. Seperti menyimpan permainan mereka, makan, lipat sehelai dua baju mereka. Ia mampu meningkatkan kreativiti mereka.
Peranan ibu bapa : ajar, tengok dan jangan marah.
4. RASA
Anak kecil (3-4 tahun) yang takut mencuba akan kehilangan kreativiti dan ini boleh mengugat perkembangan otak mereka. Mereka perlu pelajari pelbagai “rasa” supaya otak mereka aktif memproses “rasa” itu.
– Contohnya pijak rumput (rasa cucuk-cucuk manja )
– atau pijak pasir (rasa butiran yang melekat di kaki)
– atau rasa suatu makanan yang masin atau masam
– atau pegang limau purut yang menggerutu
Peranan ibu bapa : Bimbing dan motivasikan anak untuk mencuba. Jangan cepat marah dan jangan bosan. Pastikan mereka belajar benda baru setiap hari.
Sumbangan artikel oleh : duniainiluas.wordpress.com
LIKE Facebook Pamapedia disini