Kisah Wanita Sedar Daripada Koma Selepas Bersalin Menjadi Viral Di Facebook.
” Dia tidak pernah mengalah, walaupun dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan tentang pengalaman sewaktu koma. Tetapi saya kenal anak saya dengan semangat dan kasih sayang terhadap anaknya.” kata ayah Sharista. Mangsa yang terlibat dalam satu kemalangan kereta December yang lalu.
Sewaktu kemalangan Sharista Gile,20. Sedang hamil 5 bulan dan kemalangan yang berlaku menyebabkan beliau koma selama 4 bulan. Apa yang menyedihkan lagi apabila pihak hospital memberitahu peluang Sharista untuk bangun dari koma adalah tipis.
8 April 2015 merupakan berita gembira buat Sharista Gile dan keluarganya. Sharista mula sedar dari koma. Sebaik sahaja beliau sedar ayah Sharista menunjukkan bayi kandungannya yang selamat dilahirkan ketika di dalam koma. Sharista tersenyum dan memegang erat tangan ayahnya. Walaupun tidak mampu bercakap akibat trauma yang dilaluinya. Sharista mula menunjukkan prestasi kesihatan yang positif seperti sudah boleh makan, tersenyum dan sering pegang gambar anaknya.
Menurut pihak hospital. Bayi Sharista Gile masih berada dalam rawatan rapi kerana dilahirkan pramatang tetapi sudah bertambah sihat.
Sharista juga masih di hospital untuk rawatan lanjut.
Facebook Sharista Gile yang diuruskan oleh keluarganya : Sharista Gile