Tips Mudah Untuk Menyusukan Anak ketika Keluar Ke Tempat Awam

Menyusukan-Anak-ketika-Keluar-Ke-Tempat-Awam

Tips ringkas bila mahu menyusukan anak ketika keluar membeli-belah atau bercuti. Mudahkan penyusuan susu ibu secara ekslusif di mana sahaja.

 

1.Pakai bra penyusuan yang selesa.

Pemakaian bra penyusuan yang mempunyai bukaan khas untuk menyusukan bayi membolehkan ibu terus membuka klip atau bukaan tanpa perlu menyelak keseluruhan bra.

2. Pakai pakaian yang selesa atau dapatkan baju menyusu.

Pilih pakaian yang diperbuat daripada material atau fabric yang memeri ( stretchable) seperti cotton spandex, cotton lycra ataupun lycra. Fabrik jenis ini lebih selesa digunakan ketika menyusukan bayi ia mudahditarik dan diselak. Baju dengan butang atau zip di bahagian hadapan dada juga dapat membantu memberi akses mudah ketika menyusu tanpa perlu menyelak baju dari bawah pinggul. Antara blouse menyusu tanpa zip atau butang adalah seperti di sini

3. Susukan si manja sebelum diminta.

Ibu pasti boleh membaca gerak geri si manja yang sudah lapar dan mahukan susu. Berikan susu lebih awal sebelum anak mula merengek.Boleh susukan bayi di dalam kereta sehingga kenyang sebelum keluar. Biasanya anak yang sudah lapar dan menangis kuat akan lebih menarik perhatian orang untuk melihat. Sudah pasti ketika itu ibu akan serba salah untuk menyelak baju dan mahu menyusukan bayi.

4. Pilih tempat yang selesa.

Ada ibu yang selesa menyusukan anak di mana sahaja, ada pula yang mahukan bilik tertutup seperti nursing room atau surau. Apa jua pilihan ibu, pastikan ianya selesa dan selamat buat ibu dan bayi. Perhatikan juga bimbang terdapat CCTV di bahagian tersorok kawasan tersebut.

breasfeeding-cover-01

5. Hadang dengan sesuatu.

Ibu boleh membelakangi orang lalu lalang dengan mengadapkan muka dan badan kea rah dinding. Boleh juga berlindung di sebalik badan suami, beg tangan atau beg bayi atau stroller anak.

6. Tinggikan kedudukan kaki.

Letakkan kaki di bahagian besi bawah stroller atau kerusi atau apa sahaja bagi memberikan lebih keselesaan buat anda. Ianya membantu dengan memberikan kelegaan di bahagian pinggang dan belakang badan.

7. Gunakan ‘ring sling’ atau kain penggendong

Ada ibu yang selesa menyusukan ketika bayi berada di dalam gendongan, ianya lebih tertutup serta baki kain dapat digunakan bagi melindungi muka anak serta aurat ibu.

Pilih tempat tertutup dan tersorok ketika makan.

Pengalaman peribadi penulis, ketika keluar makan bersama si kecil dan sudah tahu yang anak masih belum menyusu, maka boleh dijangkakan yang sebentar nanti si manja pasti akan merengek mahu disusukan. Pilih meja yang sedikit tersorok atau boleh dikatakan dihujung sudut kedai. Ianya kurang tumpuan orang ramai dan ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih selesa.

Apa jua pilihan ibu, matlamat utama adalah untuk memastikan bayi dan ibu selesa. Semoga semua yang membaca
artikel ini baik lelaki mahu pun wanita, sudah berkahwin ataupun masih belum berumahtangga untuk lebih prihatin dan memberikan sokongan.

Artikel ini disumbangkan oleh Mumsluv

Kembali ke Atas