Ini Rahsia Datuk Siti Nurhaliza Pikat Hati Suami

 Ini Rahsia Datuk Siti Nurhaliza Pikat Hati Suami

Baru-baru ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 11. Pejam celik je dah 11 tahun.

Melihat gambar-gambar Datuk Siti Nurhaliza bersama suami Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K memang nampak bahagia sekali.

Ternyata beza usia beza usia 20 tahun tidak pernah menghalang pasangan pernah diiktiraf oleh E! News Asia sebagai Pasangan Selebriti Ketiga Paling Berkuasa di Asia ini mengecap bahagia.
Pasti ramai wanita di luar sana yang mahu tahu apa rahsia Datuk Siti memikat hati suami dan kekal bahagia.

1. SALING MENGHORMATI


“Apabila berkahwin dengan suami, saya juga menerima kehadiran anak-anaknya. Itu adalah tanggungjawab saya. Alhamdulillah, saya kira sifat saling menghormati diantara satu sama lain adalah kunci untuk mengutuhkan jalinan kekeluargaan ini.”

 

2. AIR TANGAN IKAT KASIH SAYANG

“Suami saya orang Kedah tapi sejak berkahwin dengan saya, dia menggemari ikan patin masak tempoyak. Mungkin ini antara menu pengikat kasih sayang kami sebab saya akan masak sendiri untuknya.”

 

3. BERCUTI BERSAMA


“Biasanya suami saya akan akan mencadangkan destinasi percutian dan berbincang bersama kami sekeluarga. Ada kala kami pergi berdua dan ada masanya dengan anak-anak.”

 

4. ERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK


“Suami dan anak-anak memang sukakan percutian di pantai dan gemar mencuba semua aktiviti atau permainan ekstrem. Saya juga mula terikut-ikut hobi mereka.”

Sumber : Hanasuva

Kembali ke Atas