Wujudkan Momen Penyusuan Bermakna, 3 Benda Ini Mesti Dimiliki Untuk Keselesaan Ibu & Bayi
Wujudkan Momen Penyusuan Bermakna, 3 Benda Ini Mesti Dimiliki Untuk Keselesaan Ibu & Bayi
Menyusukan bayi bukan sahaja berfaedah untuk menguatkan imuniti tubuh si manja, tapi mengeratkan hubungan emosi di antara ibu dan anaknya.
Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu muda atau yang pertama kali menimang cahaya mata, perjalanan menyusukan anak ini terasa sangat mengecewakan. Kesannya, ramai yang berputus asa kalau tak dibantu dengan betul.
Sebagai tanda sokongan anda terhadap wanita tersayang yang sedang melalui fasa ini, cuba kenalkan 3 benda ini. Memang memudahkan mereka.
Ergobaby Natural Curve Nursing Pillow
Bantal penyusuan ini memberikan sokongan selesa sewaktu ibu menyusukan anak. Kontur melengkungnya yang unik membantu memposisikan si kecil secara perut ke perut untuk lekapan yang sihat. Didatangkan dalam 4 warna pada harga RM399.
CuddleCo Comfi-Mum Nursing Support & Feeding Pillow
Bantal sokongan ini membantu menyokong postur tubuh ibu untuk tidur malam yang selesa. Rekaan ergonomik dan lapisan span memori memberi keselesaan maksimum sewaktu ibu atau bayi beristirahat serta sesuai untuk ibu hamil. Hadir dalam 2 warna pada harga RM279.
Manakala Feeding Pillow direka untuk keselesaan di sekeliling pinggang si ibu sewaktu menyusukan bayi, bantal ini membantu meredakan tekanan di sekitar perut dan paha. Ia juga sesuai untuk ibu hamil bagi menyokong bahagian belakang dan lutut. Harga RM159.
Theraline Comfort Nursing Pillow
Memahami rungutan ibu-ibu yang sukar tidur, penggunaan bantal ini dapat memberi keselesaan yang dicari. Ia diisi dengan berjuta manik-manik mikro untuk menyokong bahagian belakang dan bahu demi keselesaan si ibu, selain mengekalkan posisi bayi di ketinggian yang betul sewaktu menyusu.
Sumber : Nona