Mitos Tak Boleh Mandi Selepas Bersalin Atau Dalam Pantang
Betul ke ibu selepas melahirkan anak tidak boleh mandi??
Mitos orang tua-tua…ianya membuatkan badan menjadi lemah dan air sejuk boleh mambuatkan ubu sakit urat !
Malah membasuh rambut boleh jadi MEROYAN !!
Itu semua hanyalah pendapat dan amalan orang lama sahaja. Tidak ada sebarang bukti saintifik yang menyokong mandi menyebabkan ibu menjadi gila meroyan. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu terkena meroyan (atau jadi gila). Antaranya kerana perubahan hormon dan masalah peribadi yang dialami sewaktu didalam pantang; contohnya suami / keluarga yang buat hal dan timbulkan masalah sehingga membuatkan si ibu merasa tertekan, kematian bayi dan lain-lain faktor.
Lagipun adalah perkara biasa untuk seorang ibu mengalami post partum depression sewaktu didalam pantang. Serabut dengan bayi menangis, bayi demam kuning, susu sikit dan sakit di bahagian jahitan luka episiotomi.
Mandi selepas melahirkan juga di suruh dalam Islam. Mandi WILADAH sudah pasti memberi kesegaran pada badan ibu yang penat selepas mengalami kontraksi dan meneran bayi keluar. Tidak pasti orang lain namun bagi saya selepas sahaja mandi terasa aliran darah nifas lebih lancar dan selesa.
Mandilah dengan air suam..ianya memberikan kesegaran pada badan. Nak mandi herba atau berlulur itu terpulang. Negara kita ini cuaca panas dan melekit-lekit badan jika tidak mandi. Bayangkan jika sepanjang berpantang kita tidak mandi dan basuh kepala !