5 Jenis Tangisan Si Manja Ibu Perlu Ketahui

Sudah menjadi naluri seorang ibu. Apabila bayi menangis sudah tahu sama ada si manja lapar atau mengantuk. Di sini kami kongsikan jenis-jenis tangisan si manja yang selalu berlaku untuk ibu bapa yang baru kali pertama mendapat cahaya mata. Kerana ada antara ibu bapa yang cuba bermacam perkara apabila si manja menangis dan masih tidak ketahui punca tangisan.

 

 

baby-feeding

Nehh – Bunyi tangisan di ikuti dengan mengankat kaki ke atas bermakna si manja lapar. Tangisan seperti ini berhenti apabila si manja di susukan.

 

 

5-jenis-tangisan-2

Owh – Tangisan lebih kurang seperti menguap ini bermaksud si manja mengantuk dan perlu tidur.

 

 

5-jenis-tangisan

Heh – Bunyi ini sama seperti neh, apa yang membezakan ialah si manja tidak mengangkat kaki dan bunyi ini diteran dengan kuat. Ini bermaksud si manja tidak selesa. Mungkin pampers si manja penuh, panas atau kedudukan yang tidak selesa.

 

 

5-jenis-tangisan-3

Eh – Tangisan ini sering berlaku selepas si manja menyusu dan perlukan sendawa.

 

 

5-jenis-tangisan-4

Eair – Bermaksud si manja kembung perut. Sapukan minyak yang khas untuk bayi pada perut si manja dengan lakukan urutan yang lembut.

 

Lihat video di bawah cara mengenali jenis tangisan bayi

Kembali ke Atas