Ramai Wanita Pilih Syampu Rambut Yang Salah. #10 Cara Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin

Ramai-Wanita-Pilih-Syampu-Rambut-Yang-Salah.

Keguguran rambut selepas bersalin adalah suatu yang normal.

Purata keguguran rambut selepas melahirkan anak adalah antara 50-100 helai setiap hari. Ada 10 cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah keguguran rambut :

1. Ambil makanan yang berkhasiat. Pilihlah makanan yang kaya dengan protein dan zat besi seperti telur, daging ayam, makanan gandum, sayuran hijau, buah-buahan segar serta makanan laut.

2. Usah lakukan rawatan rambut seperti mengerinting, mewarna atau meluruskan rambut sehinggalah keguguran rambut sudah berkurangan.

3. Memotong rambut yang panjang.

4. Pakai syampu rambut yang diperkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang beiknya organik !!

5. Pilih sikat rambut yang betul – gunakan sikat jenis lembut dan kurang memberi tekanan kepada kulit kepala.

6. Elakkan menyikat rambut ketika rambut masih basah

7. Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

8. Mengambil suplemen yang mengandunsi multivitamin dan mineral, zink dan protein.

9. Potong rambut pendek untuk mudah diuruskan serta elakkan mudah gugur

10. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup.

Jika rambut masih gugur dengan banyak, ia mungkin petanda postpartum thyroiditis. segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

 

LIKE Pamapedia di SINI

 

Kembali ke Atas