Soalan “Bagaimana Sekolah Hari Ini” Sudah Lapuk Dan Tidak Kreatif. 16 Idea Soalan Ini Boleh Di Cuba
Kebiasaannya, soalan yang diajukan adalah ” Macam mana sekolah hari ini?’ . Apa kata tukar soalan dan korek emosi anak anda tentang sekolah dan rakan-rakannya.
1. Apa yang menarik dan seronok dekat sekolah hari ini? ( apa yang paling tak seronok abang lihat di sekolah hari ini?)
2. Abang gelak banyak tak dekat sekolah? pasal apa tu?
3. Okey, katakan abang boleh pilih seorang kawan untuk duduk sebelah abang, siapa abang nak pilih? kenapa?
4. Dekat sekolah, di kawasan mana tempat paling sejuk? di kawasan mana rasa panas?
5. Cuba kongsi dengan mama apa perkataan pelik/ menyeronokkan yang abang baru belajar tadi.
6. Abang makan apa tadi? ada carrot tak dalam nasi tu? warna apa nasi goreng abang? ( tanya tentang suasana ketika makan, duduk sebelah siapa, kita akan tahu rutin anak serta kawan-kawan baik anak)
7. Hari ini abang ada tolong kawan tak? Abang buat apa tu? Cuba cerita.
8. Abang rasa macam mana sekolah tadi? ada kawan-kawan buat abang gembira?
9. Abang belajar apa hari ini? ada menyanyi lagu apa?
10. abang paling suka masa menyanyi ke masa makan ke masa main-main dengan kawan? cuba kongsi dengan mama.
11. Katalah ada alien atau kapal angkasa atau raksasa datang sekolah abang. Abang nak dia ambil barang apa/siapa dulu? ( boleh sebagai gurauan dan terangkan apa tindakan yang baik dan tidak baik di sini)
12. Abang nak kawan dengan siapa lagi? ada tak kawan-kawan yang tak pernah bercakap dengan abang?
13. Cikgu ada puji abang tak hari ini?
14. Abang selalu main di mana semasa rehat?
15. Siapa yang paling kelakar dalam kelas abang? kenapa abang rasa dia kelakar?
16. Abang guna pensil berapa kali hari ni? buat apa tu? ( adakalanya soalan ini membuka perasaan anak untuk berkongsi mengenai pensil hilang, atau patah semasa melukis)
Adakalanya jawapan yang kita terima adalah suatu yang berbeza dan mengejutkan. Malahan, untuk anak yang masih di pra-sekolah soalan alien mahu ambil siapa boleh menjadi perkara yang menyeronokkan untuk dibual bersama.