Tilam SONNO Evolusi Beli Belah Tilam Secara Atas Talian Yang Sunguh Memudahkan

Shopping Tilam Queen Secara Online Sahaja Mudah Dan Harga Pun Berpatutan  

Baru-baru ini saya berpeluang merasai sendiri dan melihat tilam yang berada di dalam kotak !  Mulanya saya tak percaya tilam bersaiz Queen boleh di isi dalam kotak je.

Kalau dalam kotak macam ni memang muat kalau beli dan bawa balik naik MyVi kan ! 

 

Ingat lagi tahun lepas kami pernah beli 2 tilam single untuk bilik anak-anak, beli di Home Pro IOI City Mall. Terpaksa hantar semua orang balik rumah dulu, kemudian suami ke Mall semula hanya untuk ambil tilam. Itupun penuh kereta dan tilam terpaksa kami lipat dan bengkokkan sedikit barulah muat kereta ( Honda City ). 

Tapi tak perlu risau sebab SONNO Malaysia memberi FREE SHIPPING kepada pelanggan mereka. Hanya klik-klik sahaja order di atas talian dan tunggu tilam sampai ke rumah anda. Tak perlu bersusah-susah mahu bawa balik tilam dengan kereta  lagi kan !

Tilam selesa tidur pun lena !

 

Jangan bimbang jika tidak berpuas hati dengan produk mereka kerana SONNO memberikan Jaminan 100 Hari pulangan produk

Tengoklah baby Sara ni, selesa sangat tilam ni sampai rasa nak tidur kan?  

 

Banyak testimoni menarik yang saya baca di website SONNO . Antaranya : 

“Saya biasa mengalami masalah tulang belakang, tetapi selepas tidur di tilam Sonno selama beberapa minggu, saya dapat merasakan beberapa peningkatan yang ketara dalam kesihatan saya” 

“ Bangun pagi terasa segar dan tak rasa tenggelam dengan tilam SONNO, tak terlalu lembik dan tak pula terlalu keras, selesa betul” 

Saya memang sangat perlukan tilam yang membantu memberikan keselesaan pada  bahagian belakang. Tambahan pula bila kerap mengiring ketika bangun menyusukan anak di waktu malam.

 

Kenali Jenama SONNO

SONNO merupakan jenama daripada Itali, di asaskan pada tahun 2017. Misi utama SONNO adalah untuk membantu pelanggan mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti.

SONNO mementingkan kualiti dalam setiap produk yang dihasilkan.  Ini kerana mereka yakin tentang bagaimana tidur yang cukup dan berkualiti membantu memenjadikan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera

Di pasaran terdapat banyak pilihan tilam. Namun, tilam yang elok kebanyakannya sangat mahal. SONNO tampil memberikan pilihan pada harga yang berpatutan dan tetap mengekalkan kualiti terbaik untuk keselesaan pelanggan mereka. 

Mudah sangat bila tilam SONNO ini dipek di dalam kotak yang senang dibawa dan senang juga dipasang.

Lihat VIDEO bagaimana mudahnya nak pasang tilam :

 

Fakta penting mengenai Tilam SONNO 

● Tiga saiz boleh dipilih: SINGLE, QUEEN atau KING dan harga bermula daripada RM 1,699 Sahaja 

● Tilam diperbuat daripada 3 lapisan latex asli, memori foam / busa dan support foam yang selesa

● Tiada spring yang tidak selamat dan tidak selesa yang akan merosakkan tidur anda

● Tilam boleh memenuhi bentuk badan anda, menjadikan tidur anda selesa

● Kepadatan: sederhana padat, tidak terlalu lembut atau keras (6-7 pada sekala 1-10)

● Percubaan 100 malam di rumah anda

● Penghantaran percuma

● Dibungkus di dalam kotak dalam tempoh tiga hingga lima hari

● Pemulangan percuma jika pelanggan tidak berpuas hati

● Jaminan waranti 10 tahun dan direka di Itali bagi prestasi terbaik dengan jaminan keselesaan waktu tidur anda 

Selain daripada tilam, SONNO juga ada mengeluarkan bantal. Taknologi terkini dengan 100% CertiPUR-US® certified memory foam. Ianya selesa untuk tulang belakang dan mempunyai kualiti fabrik yang anti-dustmite

Rasanya lepas ni bila nak tukar tilam saya tahu dah nak cari di mana. Bukan setakat dapat FREE Shipping, ada juga warranty pemulangan dalam masa 100 hari. 

Mungkin juga sekarang ada promo best dari SONNO, kenalah follow dan lihat update mereka di Facebook atau Instagram seperti di bawah : 

Website :  https://www.sleepsonno.com
Instagram : www.instagram.com/sleepsonno

Facebook : Sleepsonno 

 

Kembali ke Atas