Ucapan Istimewa Pada Ibu Yang Melahirkan Daripada Seorang Anak. Ini Cinta Luar Biasa

 

raja shamri1

Siapa tidak kenal motivator dan aktivis yang aktif membantu mangsa banjir di Kelantan ini. Raja Shamri nama yang cukup dikenali sebagai seorang yang rajin turun padang membantu mereka yang memerlukan di sekitar Kelantan.

Beliau bukan sahaja istimewa dengan semangat dan usahanya, malah beliau juga sebenarnya seorang yang istimewa dengan sedikit kecacatan di kakinya.

Kekuatan jiwanya menutupi segala kekurangan yang ada. Apa yang beliau lakukan jauh lebih hebat daripada insan lain yang serba sempurna.

Ucapan istimewa Raja Shamri sempena hari lahir beliau pada ibu yang melahirkannya begitu menyentuh hati :

raja shamri2

Baru sampai rumah alhamdulillah … tiba2 teringat kat mak … pagi tadi lepas hantar nasik kat mak ingat nak terus ke ofis tapi tiba2 mak kata tak nak sarapan dengan mak? Adussss … terus cancel 2 appointment kat ofis untuk sarapan dgn mak …

Alhamdulillah …

Dan malam ini ajak mak tidur kat rumah lagi … rasa sangat bertenaga dan tenang sangat dapat tengok mak depan mata …

Esok 25 Mac … Usia meningkat satu lagi anak tangga… bermula era baru dalam hidup. Pada tarikh itulah satu masa dulu bersamaan dengan 12 rabiulawal … waktu subuh saya di lahirkan … Pada tarikh itulah satu masa dulu Mak manangis bila segelintir orang kampung hina diri ini dan hina mak dan abah sebab melahirkan seorang anak yg cacat. …

Di tohmah katanya mak dan abah adalah tu lakukan perkara tak baik masa mengandung … sebab itulah diri ini dilahirkan cacat ..

Dan hari ini … saya imamkan solat berjemaah dgn mak lagi … menadah tangan rasa syukur …

Terima kasih Mak kerana sentiasa disisi dari dulu hingga sekarang… kerana tidak buang saya …

Hidup ini rasanya takda lain untuk gembirakan mak saja sekarang … maafkan saya kerana jadi anak paling nakal dlm keluarga … mak selalu rotan dan pulas saya dulu … hhheeheh .. Mak tak bezakan saya dgn adik beradik lain …

Mak dan abah tak pernah berikan apa2 hadiah pada hari lahir kami semua sebab mak cakap bukan ibubapa yg berikan hadiah pada anak2 tapi anak2 lah yg sepatutnya berikan hadiah pada ibubapa setiap kali hari lahir sebagai tanda terima kasih mak ayah jaga, beri makan dsbg.

Saya hanya ada mak saja sekarang …
Abah dah tak ada .. abang shamsulpun dah tak ada …
Adik2 perempuan semua kena ambik kat orang 

Sayang mak ke akhir hayat …
Happy Birthday to me …

Terima kasih Mak …
I love you so much !

rajashamri3

Istimewanya dan hebatnya ibu yang melahirkan insan seperti Raja Shamri.

LIKE Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas